Monday, January 13, 2014

road

Tinggalkan mak abah repunzel
Tak lama mana pun
Pejam celik lepas tu jumpa balik
Date dengan abah
Peluk lengan mak
Cucuk pinggang repunzel
Gomol kucing sampai keluar suara soprano dia
Drama sangat

Dari semalam semalam
Mak abah pesan jangan itu ini dan buat  ini itu

Senyum

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, January 8, 2014


dari kelmarin kelmarin perut sesak dengan rama rama
kalau dengan menguap takpun sendawa boleh keluarkan separuh rama rama ni mungkin jadi lebih selesa

gigih menghabiskan bacaan tebal tanpa kulit buku
kaitan personaliti dan psikologi
makin lama makin tenggelam sebab seronok
makin rasa mudah untuk faham tiap langkah, permainan dan ragam manusia

kelmarin lepas mak, esok giliran abah
temankan melawat kucing kucing dilembah
kiraan lepas melebihi 20, mungkin perlu tukar bekas makanan yang lebih besar :)

till then,
meow =^.^=


Thursday, December 19, 2013

langit semalam penuh bintang


terasa seperti penulis terkenal
perasaan takjub tapi bukan ujub
bertanyakan taipan baru
siapa kamu kamu

mungkin kamu kamu boleh tunggu
taipan perlukan emosi
selari dengan hati dan akal
sekarang semuanya belum selari
belum mencapai setuju

seperti rak buku tinggi yang penuh buku
jatuh tersembam berterabur buku
perlukan masa untuk susun satu satu
dan masih gigih meyusun

Thursday, November 21, 2013


sepurnama itu sama erti dengan sebulan
kurang lebih sebulan
belum cukup biasa itu menjadi kebiasaan
kechiwa

Sunday, November 10, 2013

dot

Benci bila otak tak mampu nak mengawal emosi mengikut keadaan
Macam mana nak jadi doktor yang hebat kalau bila dijentik dengan benda yang remeh emosi bergegar mengalahkan gegaran berskala tinggi

Ujian tahap sabar memang menguji

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, November 9, 2013

malam ni hujan

jadikan pendek
alhamdulillah
Allah hadiahkan hujan untuk sambutan hari lahir tahun ni
moga doa-doa yang dikirim Dia kabulkan
4 tahun berturut sambutan dikelilingi sahabat
4 tahun berturut sambutan bukan di negara sendiri
4 tahun berturut-turut
heh! banyak sangat turut

pom!..feuuu~!! pow!! (bunyi bunga api delangit india selalunya macam tu ahhha~)

masih lagi panjang senarai yang nak dicapai
moga gigih mengejar akhirat dimudahkan
moga kejaran dunia dalam berkat dan redha
insyaAllah

sebelum tidur makan dulu kek cawan coklat yang mak buat
dengan harapan mak tak perasan satu kek dah berkurang
:)

Monday, October 21, 2013

:)

berhabuk bersawang kalau blog ni almari tinggal
taipan terakhir  ogos 10
sekarang sudah oktober 21
dua bulan terabai
mengikut kehendak hidup yang padat dan sesak
tapi masih mampu bernafas
walaupun dua bulan yang menuntut rasa cemas 24 jam 7 hari

pertama kalinya alhamdulillah, the results are official
tamat sudah pengajian perubatan
Dia sudah makbulkan doa-doa yang dikirim
satu lagi nikmat dunia Dia hadiahkan

bila di fikir-fikir balik
macam ni rasanya nak dapatkan gelaran doktor
Dia saja yang tau
rasa kuat dan tabah dah jadi senipis bawang
selembut tisu
emosi naiknya sekali dan turunnya berkali-kali

alhamdulillah
Dia hadiahkan perasaan yang indah dihujung
lepas terjatuh, terduduk tapi belum sampai tersungkur
:)

alhamdulillah  Ya Allah, for the amazing 4years
maka mana satu anatara nikmat Tuhanmu yang hendak engkau dustakan?-Ar-Rahman (55)