Sunday, June 23, 2013

sentuhan ajaib

terapi yang sangat hebat
lebih kepada paling hebat
berpelukan
sungguh tak tipu
bulatan riang bulatan gembira
permulaan dan pengakhiran adalah pelukan
sebelum terjebak ke dalam bulatan lagi
kata para saintis sentuhan itu mengalirkan cas-cas pada badan
menyeimbangkan positif dan negatif
logik yang tak nyata di mata

tapi tiap kali ada rasa pelik dalam hati
ada rasa janggal dalam jiwa
ada benda aneh dalam otak
perkara yang paling mudah
cari mana-mana teman yang percuma
sama jantina adalah wajib
pergi dekat-dekat
peluk kuat-kuat
tak payah bercakap
peluk
kerut pada dahi akan hilang
ganti dengan satu garis bengkok pada bibir..senyum :)


Saturday, June 15, 2013

selimut malam

imbuhan men-,di-,pe-
untuk kata akar suka, kasih, sayang
bila digabung akan punya makna yang berlari walaupun nampak selari
permulaan taipan yang pelik
hari-hari yang pelik
diri yang pelik
tahap rajin sudah menginjak ke satu tingkat
tapi rajin juga ada makna yang beza-beza
rajin juga ada aspek yang beza-beza
rajin yang bagaimana mungkin?
tersenyum sekejap
memikirkan rajin yang kerap-kerap datang
tapi masih malas-malas disambut anggota badan

diskusi usrah pagi tadi lebih kepada surah al-muzammil
O you who have wrapped up in your garment!
Rise to pray in the night except a little
separuh, lebih atau kurang semuanya Allah terima
janjinya pada iman
jaganya bukan pada bunyi alarm berkali tapi iman diri
terketuk sungguh sungguh


Saturday, June 8, 2013

♂ . ♀


mohon izin bercerita
mengandung dan melahirkan
dalam buku teks obstetrik nampak menarik untuk dibaca
melihat sendiri proses kelahiran dari tahap satu ke tahap tiga ada yang laju sekelip mata, ada yang lama sampai terpaksa disorong ke bilik bedah
kuatkan perempuan itu Dia jadikan
rasa berkepuk-kepuk rasa bangga
tapi bila tiba-tiba orang yang paling rapat adalah bakal ibu
suasana agak berbeza
agak aneh
she's pregnant!!!~~Allahuakbar! :)
melalui proses penting itu sendirian buat diri lebih kagum
apa yang tercetak di buku teks sekarang sudah jadi 3-dimensi
menarik sungguh
tapi tetap ada takut
takut pada emosi si ibu
kata orang-orang tua jiwa mereka senipis buih
segalanya harus berlapik dan lebih berhati

tolong pantas menangkap setiap benda
emosi itu tersirat, kadang-kadang terlepas hitungan
terlebih risau terlebih berhati terlebih menjaga sampai si ibu pulak naik cuak
sekarang perbualan mak dan abah lebih berkisar kepada si ibu
si anak bertuah ini jadi agenda kedua
orang tua mana yang tidak risau
walaupun bukan bertali darah tapi tujuh tahun itu lama untuk wujudkan pertalian yang hebat
nak mengharapkan anak bertuah ini menjaga si ibu

hari-hari mesti ada perkara baru
pelajaran hidup yang baru
sama-sama melihat imbasan pertama sudah cukup menarik
sudah ada degupan jantung pertama
walaupun masih kecil dalam karung
kerja Allah tu rasa takjub
buat diri rasa kecik teramat
:)




Friday, June 7, 2013

surgery

ini ceritanya
masih belum tahu pengakhiran panjang atau pendek
pagi yang bermula agak malas
tapi gagah bangun bila ada suara yang mengejut
perkara yang kadang-kadang berlaku
Dia kejutkan
kena jaga amanah
kelas yang agak lengang
dah tertulis cuma kami-kami sahaja yang datang
mata masih lagi fokus
jasad masih lagi gagah
tapi balingan marker biru dari depan belum cukup melajukan ransangan otak pada jasad
hanya memerhati dengan anak mata membesar
huh? sejak bila doktor ni pandai main kriket?
tak cukup bola, marker pen jadi ganti
kalau bukan pada aishah di kiri atau che di kanan haruslah diri sendiri ditengah yang kena
terima kasih pada kerusi di depan
adrenalin melimpah-limpah dalam salur darah

pengajarannya, sila periksa sama ada dakwat marker pen berisi atau tidak sebelum kelas mula
kalau tidak, mungkin ada balingan kedua
kalau ya, anda selamat
doktor juga manusia
ada rasa kurang sabar walaupun pada sekecil-kecil benda
doktor juga manusia
curiousity - agaklah kan macam mana muka kita orang masa balingan marker pen tu tadi, haruslah lucu dan buruk mungkin

welcome to surgery department





Sunday, June 2, 2013

tanda nama hijau

tujuh minggu yang memenatkan
tiga minggu akhir yang betul betul buat adrenalin merembes 24/7
tapi tak ada pulak migraine yang datang meneman waktu petang
alhamdulillah
mungkin mak abah pun dah boleh bernafas lega
anak yang sorang ni akan kurang merengek
mana tak merengek
pergi hospital waktu pagi datin tak bangun lagi
balik rumah malam, datin dah berselubung comforter
yang menghantar tiap pagi kuntum
yang menyambut tiap pulang kuntum
yang mengejut subuh kuntum
yang mengejut belajar malam jugak kuntum
yang bergolek atas sejadah tiap kali nak sujud pun kuntum
kesian asyik kena tinggal
tuan kena pergi sekolah

lama tak pergi pasar
agak-agak pakcik jual ketam tu kenal lagi ke tidak?