Thursday, July 25, 2013

separuh

menghampiri separuh
dalam kata mudah mendekati penghujung
dia yang cepat atau diri yang lambat
terkocoh-kocoh mengejar

telinga bersumbat
siaran radio malaysia masih tak berubah
tapi makin menyesak telinga
matematik bukan mumtaz
tapi masih mampu mengira dengan jari
30 minit berlalu bersamaan 5 lagu raya
bermacam era dan versi
satu lagu durasi 3 ke 4 minit
jadi 5 buah lagu berdurasi 15 ke 20 minit
lebihan minit adalah iklan dan lagu kategori bukan raya

bertambah sesak nafas dengan salur pernafasan yang makin sempit
dari tekak ke hidung mata dan kepala terus ke bantal
60 hari atau kurang
tak mampu nak mengadap kalender bernombor
mungkin nombor dengan diri sangat anti

mak mula bertanya baju raya
mahu disiapkan atau bukan keperluan
katanya anak tak balik, dapat tengok baju pun cukup
oh mak, kadang-kadang bunga-bunga mak kalah abah
:)

Saturday, July 13, 2013

iftargram :)

ramadhan dah masuk hari ke tiga
alhamdulillah, ramadhan disambut dengan hujan tiap petang
datin pesan masa hujan jangan lupa berdoa
doa panjang atau pendek tetap doa
berbuka tentu-tentulah lain dari malaysia
bazar ramadhan pun tak ada
tapi masih lagi boleh beriftar-gram heh :)
sms dari mak pun dah berubah masa hantaran
selalu tiap pagi mesti kena sms mak dulu baru mak balas, itupun lambat-lambat
tapi bila dah masuk ramdhan ni mak yang semangat sms itu ini
risau katanya anak yang satu ni berbuka apa

tapi walaupun lauk berbuka ada satu jenis, kuih ada satu jenis,air ada satu jenis, kurma ada satu biji
rasa dah mewah amat
sungguh, nikmat tu tak sama macam berbuka dengan makanan tak muat meja
empat tahun berbuka dengan datin
insyaAllah tahun depan dimalaysia amin :)


Wednesday, July 10, 2013

syaaban

Kulit muka yang sedia pucat dah jadi beku
Kulit muka yang pucat ganti panas bahang
Telinga kalau di letak ais lekas cair mungkin
Sebab?
Hari ini rabu bermakna esok adalah satu ramadhan di sini..ya sini
Berita anak bulan semalam disurau tak kelihatan di langit yang penuh padat ditutup awan tebal pembawa hujan lebat
Jadi hari ini rabu bukan rabu di malaysia
Bukan rabu ramadhan tapi khamis ramadhan menjengah

Usai kelas..
Matlamat JJCM bermula
Bertebar semuanya

Santai dengan music asing menyambut
Sofa empuk merah tempat duduk
Dari jauh ada yang memandang
Bukan perkara asing, mungkin melihat baju kurung dipakai dengan tudung berpin
Senyuman bersambut
Bukan tempahan makanan yang ditanya tapi...
' madam, you're not fasting today?..ramzan today..i'm fasting today'..senyum dan senyum lagi dan dibalas senyum lagi dan rujuk perubahan pada muka perenggan pertama

Oh akhir sya'ban..esok puasa

Published with Blogger-droid v2.0.8