Friday, December 30, 2011



bila sakit dapat cuti
yang ni betul lah
tapi
bila cuti dapat sakit
camne..

ouh
perlukan weekend untuk melompat riang
bukan baring atas katil
hypothalamus tolong berkerja dengan baik please




Thursday, December 29, 2011






Wednesday, December 21, 2011



mati tu dekat sebenarnya
cuma kita yang kadang terlupa
lupa muhasabah diri


senyuman yang Allah beri bukan sekadar cukup buat kita gembira
tapi untuk buat kita lebih bersyukur

^.^











Sunday, December 18, 2011


'treasure your parent'
i've been reading this article
first few lines pasal scene yang biasa kita tengok dalam drama or movie
as child grown up, and move out from their parent house
hunting for their dreams and better life as a grown-up person..with big~ smile
while the mother usually weeping and is being console by her husband
typical scene kan?
and we think that the parent who were losing..

but
the reality is, the child who are loses the most

agreed!
why?
since my parent have been there with me most of the time
from abah.mak-little-girl 
till a social-shy-teenager with lots-of-pimple-on-her-cheek
till a girl-who-make-them-worried-when-not-comeback-home-even-time-passed-7pm
till a young lady till now

bila lapar..dah kena masak sendiri
bila nak keluar shopping kena gaduh dengan auto
kalau marah, dah tak ada kakak jadi punching bag...ok ni jokes ^^

i'm learning a lots from my parent

“And your Lord decreed that you should worship none but Him and that you be dutiful to your parents. If one of them or both attain old age in your life, then do not say to them ‘uff‘ (a word of disrespect), nor shout at them, rather address them in terms of honor. And lower for them the wing of submission and humility through mercy. And say, ‘My Lord! Grant them Your mercy as they brought me up when I was small.” (Qur’an, 17:23-24)



Saturday, December 17, 2011

cold coffee


hot coffee pagi2
macam excited je 
plus bangalore's weather dah macam peti sejuk

tapi yang tak best nya
baru few minutes letak coffee yang berasap tu atas meja
then pergi balkoni sidai baju
i don't think it takes more than 5 minutes
pandang mug coffee..dah x da asap
pegang mug..tak rasa panas sangat
tiup la konon macam panas..muka senyum lagi

once coffee kena je mulut
suddenly all the movement stop
ugh!!..asal sejuk




updating blog
i memang rajin
sekian

=_____=''




Saturday, December 3, 2011


short term memory
baca.faham.ingat
tapi bila kena soal..lebih 'aaa...umm...'
tak pun..pandang muka doctor, senyum and then geleng kepala
 hahaha..
tapi bila dah abis kelas..semua benda yang kena soal boleh pulak jawab

kan sya?
hehe..

ada discussion di pagi ahad..and still x abis baca
hoi!..dah tahu x abis lagi, rajin pulak tangan update blog kan

bye ^^

Wednesday, November 30, 2011



 

kadang-kadang kita terlupa yang DiAtas

Sunday, November 20, 2011

dah sebulan ber-OBG
jumaat lepas last day dekat department tu
alhamdulillah..banyak jugak yang belajar 
walaupun tak dapat masuk OT sekerap dulu
sebab HOD lagi utamakan senior
so, as junior sabar je lah..next year masuklah OT sampai muak
hehe
tapi dah last2 day kat OBG deparment..patient pun tak banyak sebab HOD cuti
so, since hospital ni referred hospital..tak banyak patient datang for labor
yang datang semuanya pregnant women with high risk condition (high BP, diabetic and so on)
on call pun best jugak..tapi selalu bila dah balik from on call..baru la ada patient datang nak bersalinlah..nak c-sec lah
so, macam banyak jugak la yang melepas nak tengok
tapi last day on call paling best
awal2 macam boring skit sebab tak banyak patient
tapi dah last 2 hours ada patient masuk for D+C (dilation and curettage) procedure due to misscarriage
tapi muka patient tu relax je..kuatkan?

esok dah start posting dekat pediatric's department
budak-budak memang banyak kerenah
tambah dengan parent lagi..menduga jugak lah sepanjang satu bulan ni
hopefully i'm doing well. Insya-Allah


Allah - beginning with the name of - the Most Gracious, the Most Merciful

 Did We not widen your bosom?
And relieve you of the burden -
Which had broken your back?
And We have exalted your remembrance for you
So indeed with hardship is ease.
Indeed with hardship is ease.
So when you finish the prayer, strive in supplication.
And incline towards your Lord. 

AL INSHIRAH (THE WIDENING), 94 

Monday, November 14, 2011


tekak je yang sakit
suara je yang hilang
tapi mata sihat lagi
otak masih perlu bekerja

so, pergi baca for seminar presentation esok
tehee~


Saturday, November 12, 2011


ouh jiwa kacau.
its here!! its here!!
the Samsung GALAXY Note is here!!!
Malaysia tersayang of course

okay, maybe i akan memaksa diri menolak ketepi
iPad or samsung tablet tu
since this new gadget is super awesome
selamat membukitkan duit dalam tabung ye farah

or anyone yang nak hadiahkan as my birthday present pun boleh jugak
tehee~


handy kan?.kecik skit from ipad, besar skit from iphone..takla sakit bahu nak bawak kan2 ^__^





Friday, November 11, 2011

  

"Kecuali orang-orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal-amal shaleh; mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar." [S. Huud : 11]



Thursday, November 10, 2011

it's my birthday
hehe

what a great day with fever




Tuesday, November 8, 2011



little mermaid
kartun yang paling touching pernah i tengok masa kecik dulu
siap nangis terhenjut2x bahu
kelakarkan
tapi tadi i tengok balik kartun tu
and seriously, i boleh nangis walaupun umur dah 5x ganda from the first time i tengok kartun tu
haish~

pasal kartun ni jugak lah i jadi homesick tak pepasal


i miss everyone

Monday, November 7, 2011

happy bakrid everyone
sambutan raya tahun ni kurang meriah from last year
tapi gembira raya still ada, eventho' 3rd time celebrate dekat bumi rempah ni dan bukannya malaysia

menu raya tahun ni yang paling best lah
tapi memang menyakitkan..seriously >.<
briyani kambing----->which increase my histamine level

macam biasa, orang yang tak makan kambing dan bukan 'hantu' daging
tak dapat nak bezakan rasa daging-daging
yang i tahu...makan time!

suddenly..datin " jap2x..kami rasa ni kambing lah, sah kambing "
datin ni lidah dia memang superb, macam last case dia boleh beza daging kerbau dengan lembu
atau i je yang blurr sangat atau deria rasa i yang terlebih tumpul
ouh!~

masa datin mention tu, mulut i dah tiga kali sumbat nai dengan daging
dalam hati " asal kambing..tengah sedap ni, tak nak berenti "
datin  dengan nad pandang pinggan i then i macam nak make sure i stop makan
monolog " ok fine, you stop. ubat dah la tak bawak, tak pasal je jumpa doktor kat blok sebelah since our bakrid event sebelah blok hospital je pun "

mode time tu lapar
muka memang tak boleh nak cover " lapar ok!..and kenapa mesti kambing T.T "..
ni dah kali ketiga i silap makan kambing and kali ni yang 2nd i termakan portion yang banyak.
alah~ tiga suap je pun..
but my body reaction to kambing memang superb walaupun sesuap je

balik rumah, tapi macam ok je..tak da la pulak rasa pelik2x
so, sebab bijak sangat, i tak amik anti-histamine
surprisingly, after 2 hours nap
tengok muka kat cermin.." siapakah?"
mata merah, rashes all over my body..telinga tak payah cakaplah dah mcam kuih bom
huu~hopefully tak lah sampai demam

mode---> masih lapar
kenapa bukan briyani ayam >.<


not feeling good




Tuesday, November 1, 2011

mak call tadi
pelik jugak..sebab selalunya mak sms je
call sebab nak tanya bila raya and buat kuih ke tak
stok soalan kasi homesick sungguh

touching sekejap

Monday, October 31, 2011

i am a girl
so whats wrong if i'm sensitive
who cares?
its common right?
or i'm the only one who think like that?

ya Allah, moga Engkau lembutkan hati hambamu 

Sunday, October 30, 2011

people says actions speak louder than word
but sometimes its the words that hit the most
action are easy to ignore
but
words hit the heart where its hurts

mode-touching sekejap, tadi lah..im ok now ^.^

masa

emosi terganggu...reason?
for last few days, just cant seem to get enough sleep
ouh come on..its sunday already
masa please ticking slowly
stop giving me 'penat'

istighfar banyak2 sebaiknya



Sunday, October 23, 2011

menu musim cuti
byk ni je?
hehe..byk lagi tp makanan terlebih menggoda
makan dulu sebelum bergambar
so, tak ter-upload-lah ia

breakfast pemalas..western la konon..tehee

huu~sambal sotong sedap kata uni..bangga sekejap, tapi kuah tercair pulak

kalau dah hijau-hijau ni confirm datin yang masak

ikan goreng, nampak tak menarik tapi sebab garing i suka

air sirap macam kenduri kawen je

ini bukan sambal udang, kata datin masam manis 

sayur terlebih masin..kata datin dah nak kawen la tu kalau masak masin2 nih..hehe

ini paling best..udang goreng tepung..tepungnya, kasi letak saja

cuti2 yang agak gembira

Saturday, October 22, 2011

sedih
ye!..situasi sekarang adalah sedih
tapi tak lah sampai nak menangiskan..
baru je semangat nak buat kek
ye la, tepung kek dah bertenggek atas fridge lama tu
tapi malas je..alasan kan
so, dah hujung-hujung percutian mengejut ni, macam rajin pulak nak buat kek
barang semua dah ada
dah lenguh tangan kacau adunan
dah siap buat coklat for fillin' dgn toppin'
semangat tuang slow2 je..then masuk dalam oven
10 minit dulu..then ting!!
keluarkan..nak letak coklat..then masuk balik dalam oven
tetiba perasan ada coklat lebih
keluarkan balik kek tu
tiba!!!!!
dang!!!~jatuh siap tertangkup bekas kek tu
mulut dah abis bukak---->mode terkejut
pijama dah abis kena coklat
yaAllah..macam mana la tangan ni boleh tak kuat tetiba je kan
huu~..kek!..

akhirnya..aktiviti buat kek malam ni jadi aktiviti mengelap lantai bersalut coklat
someone belanja choco moist satu please..

Friday, October 14, 2011

keadaan sekarang adalah ' frontal headache'
tak 'ache' mana pun
physically sedikit bengkak in between dahi dengan batang hidung

accident tadi..dalam rumah sendiri
tak ada saksi..penyebab adalah laptop dan kucing kesayangan sendiri
sedihkan?
tengah elok baring atas katil dengan laptop on my lap
kuntum kucing i boleh pulak nak manja-manja
sebab i tak layan dia mula la gunakan gigi untuk menggigit
sasaran utama ibu jari kaki
mula-mula lembut je..few minutes lepas tu over terlebih
sakit..otak pulak suruh kaki refleks
tapi silap refleks sebab laptop tadi melambung and!!!!!

bang! jatuh betul-betul atas hidung and dahi
Ya Allah..boleh imagine laptop 2.5kg..
ketuk kepala macam batu je

sayang anak tangan-tangankan
sayang kucing i peluk je lah

Thursday, October 13, 2011


Allah pertemukan manusia sesama manusia agar kita selalu belaku baik
tapi bukan untuk mengharapkan kebaikan dari manusia lain
tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima

Alhamdulillah atas setiap kebaikan yang Engkau berikan
sama ada dalam sedar atau tidak
dalam celik atau terpejam mata

siang yang memenatkan minda
tapi malam Allah hadiahkan lagi dengan ketenangan

Wednesday, October 12, 2011


manusia ni memang pelik atau complex
sama dengan perasaan, sangat subjective
boleh ada perasaan marah dan suka
ada perasaan benci yang tiba-tiba jadi sayang
subhanallah..semua tu kerja yang DiAtas
Dia lebih tahu
sebagai manusia yang tahu erti rendah diri
Alhamdulillah bukan susah nak disebut janji hati ikhlas
sujud syukur kan lebih baik

hari yang sedikit terganggu
tapi Allah hadiahkan malam ni dengan senyuman



Friday, October 7, 2011

I've a good instinct sometimes
But i was wondering..how often are the good instinct correct
When i called it sometimes, its mean a very-very good one

It is not an ajaib feeling or rasa macam magician
Tapi mungkin tu petunjuk yang Allah beri

Dia sentiasa ingat kita
Cuma kita yang mudah lupa
Kuatkan hati mencari khusyuk
Insya-Allah

Ya Allah kenapa khusyuk tak singgah-singgah
T.T

Tuesday, October 4, 2011

bila malam exam mata ni asyik nak tutup je
tapi bila esok tak ada paper
tak pulak mata ni mengatuk
tak pulak kepala cari bantal
tak pulak tangan nak capai selimut
tak pulak otak nak penat

abnormal-kah

malam sebelum exam hati mesti tak pernah nak bertenang
call mak abah untuk stabilkan emosi
call..call..call..lebih dari sepuluh kali
everytime operator yg bunyi 'the number u hv dial cannot be connected'..lebih kurang lah
dah lah tak tenang makin jadi tak tenang
menangis depan kuntum
macamlah kuntum tu paham
half an hour later abah call
'..hanset abah problem, nasib baik ada kakak..'

bila fikir balik, makin besar makin banyak i menangis depan parent kalau nak dibandingkan masa dulu
ouh!..manja-kah






Thursday, September 29, 2011

“Sebaik-baik kamu adalah kamu yang terbaik kepada keluarganya, dan aku adalah orang yang paling berbuat baik untuk keluargaku!” (HR At-Tirmidzi) "

Wednesday, September 28, 2011


kadang2 kita tak sedar gembira yang Allah beri
kadang2 kita sangat peka dengan dugaan kecil, tapi dengan dugaan tu yang buat kita jadi makin dekat dengan Dia..
Allah turunkan hujan bukan untuk bersedih tapi Dia nak hadiah kan pelangi untuk kita..^^

p/s = jangan emosi menguasai akal

Monday, September 26, 2011

hurm..
saya tak da mood nak ber-blog
sekian terima kasih

Thursday, September 15, 2011

mak..



birthday mak, tak bagi apa2 pun..cuma birthday wish je
tapi tu pun dah buat mak happy..^.^
tapi kakak dah order cupcake comel2 dekat mak
nasib baik ada wakil..
hehe..untuk mak ( doakan yang baik2 untuk mak.. doakan senyuman tak putus dari mak)




Tuesday, September 13, 2011

bengkang ubi mak

mak bagi i ubi parut before i balik india
sebesen besar la jugak pak ngah tolong cangkulkan
bertongkol2 besar
tu semua dari laman depan rumah atok
penat dia tanam..cucu dia balik abis semua..tenkiu atok
masa kecik dulu tengok atok parut macam best je
bila i amik alih tugas tu baru i tau seksa jugak 
kalo tak kuat tangan confirm tak terparut ubi tu semua
tapi tu la kasih sayang kan..
i parut satu je..tu pun dah penat
tapi mak, abis satu besen besar ubi kayu tu tak sampai sejam pun
atok pulak sibuk cari kain nak perah ubi kayu parut tu
it is not an easy job seriously

tu la kasih sayang.. just untuk i bawak balik sini je
muka mak serious happy sepanjang dia buat kerja tu..atok jugak
abah duduk depan mak sampai mak abiskan semua ubi kayu tu
touching kan senario ni

masa pack barang masuk luggage..dah tak da space
tiba mak cakap, ubi tu tinggal lah
serious i lupa pasal ubi tu..
mak punggah balik semua barang yg i dah letak dalam beg tadi
'salah pack ni, macam mana nak kawen'
huu~ tetiba rasa nak nangis time tu..bukan sebab mak kata pasal kawen tapi bila tengok mak sungguh2 susun barang dalam bag i. hebatkan mak semua dia boleh buat

masa hantar i naik bus nak pergi lcct i dah start sedih
kalau nangis semua orang nampak
tapi masa peluk mak, dah abis control 
tiba mak cakap ' jangan lupa ubi tu, masuk dalam fridge..kat sana nanti call mak bagi resepi'
T____T..time tu i nangis kalah drama melayu..semua orang nak naik bus tengok sampai abah kata dah la tu bukan first time..i tarik abah sekali..'abah lelaki mana menangis'..

hurm..
entri ni actly nak citer pasal bengkang ubi yang i buat
setiap message abah or mak mesti tanya pasal ubi parut tu
i nak kukus tapi hari tu host gas tu tak boleh pasang sebab kami bijak sangat
so, i bakar..jadi weh cuma kurang gula
maybe next time boleh improve lagi
tu la kasih sayang namanya ^.^



Saturday, September 10, 2011

eid mubarak 2011

syawal masih berbaki, i sepatutnya tulis bout my raya kan
huu~..i memang rajin, sungguh tak tipu ^.^
tapi raya kali ni memang best sebab?

pengalaman hari raya saya----> dah macam essay 300 patah perkataan subjek bahasa melayu je

i) balik malaysia raya dengan family
ii) dapat 6 baju raya, tapi 3 je yang sempat pakai..lagi 3 belum siap kata nyonya tailor tu. so, i pakai  3 lagi baju yang mak jahit..and another one i beli dengan my sis masa beli kasut raya
iii) yes, kasut raya..mana pernah i ada kasut raya since masuk sekolah menengah, i suka 2 kasut tapi i dapat satu je sebab x da saiz..since kaki i tulang besar compare my sis, dia dapat kasut yg bit gorgeous than mine ..T.T..
iv) mak buat rendang daging n ketupat palas before balik rumah atok..not like prevoius2 raya..which mak akan buat lepas sampai rumah atok masa malam raya
v) i sempat puasa 5 hari kat malaysia n pergi bazar ramadhan dengan abah..best bila tunjuk je abah beli terus. x macam dulu, abah limitkan sebab mak dah masak kat rumah for berbuka..mata bulat je tengok semua foods tu
vii) malam raya pakai inai ramai dengan cousin i..lama tak buat macam tu, bagi i pakai inai ramai sangat best..masa kecik2 dulu sorang2 beratur tunggu turn atok pakaikan inai. this year, turn i pakaikan atok inai kat jari dia sepuluh semua..bangga serious
viii) raya kali ni i rasa slim skit compare last raya, maybe baju kurung moden mak buat kecik skit or maybe baju tu corak jalur2 so i nampak sama kurus dengan cousin i yang lain..serious tak perasan tehee~
ix) i beli camera baru, so sibuk tangkap gambar sampai salam atoki jadi last person..huhu,peluk atok kuat2 rasa macam atok dah mengecik..dulu masa duduk dengan atok masa sekolah rendah, i lagi pendek dari atok,but now cucu dia lagi tinggi dan besar dari dia.kalo bukan atok rajin cubit i masa kecik dulu, mesti i x se-feminine sekarang ( tu pakcik i cakap)..malu2
x) habis raya kat kampung, buat open house dekat rumah ajak kawan2 semua.bf pun skali. since i fly ke india dah dua tahun tak jumpa kawan2 i ni..yang dah kahwin, tunang, couple, belajar, abis belajar, degree, master,motor, kereta..semua ada ( hebat dah semua orang sekarang ni )
xii) yang kurang best is i demam and batuk lepas tu sampailah i nak balik india and sempat transmitkan virus tu kat orang lain siap..hehe sorry

selamat hari raya semua


Monday, September 5, 2011

bad & good

Sometimes, “bad” things happen to “good” people. But sometimes, those “bad” things are truly only outward moments of difficulty in comparison to the good Allah (swt) has in store and is preparing for that person to experience, when the time and moment are right.

As Ibn al-Qayyim rahimahu Allah (may Allah have mercy on him) said, “When Allah tests you, it is never to destroy you. Whenever He removes something from your possession, it is only to empty your hands for an even better gift.”

salam lebaran 2011

sometimes kita tak sedar kita buat salah
sempena hari raya ni bermaaf-maafan tu lebih baik
kata abah, jangan tunggu raya je..sebab mati kita yang di atas lebih tahu

maaf zahir batin to everyone..

Sunday, August 21, 2011

salam raya 2011


selamat hari raya ^.^
motivasi balik raya dah munggunung nuh
tapi luggage..kan best ada maid kemas kan semua..haish~

sempat lagi aunty ni tanya macam2x..jawab je lah ^^

cubaan pertama yg gagal sbb ramai pulak patient yg tengok haish

ouh~ x bersedia lagi nampaknya

hahah!~

selamat hari raya semua ^.^

Sunday, August 7, 2011

ramadhan 6

otak tolong focus
hati tolong gembira
dahi berhenti berkerut please

telekung sejadah tafsir depan mata
mungkin perlu gerakkan kaki ambil wudhu'

la tahzan

ramadhan kali ni x da yang beza dgn yg sebelumnya
mungkin sedikit beza sbb akhir ramdhan ni Insya-Allah berbuka dengan mak, abah,kakak
tapi sebelum tu..routine yg sama kena berdepan dulu
berbuka puasa dgn housemate n rumate
masuk tahun ni dah 5 tahun--->lama kan?
dengan org yg sama cuma dah berkurang dari bilangan asal

bila fikirkan balik..semua org akan rasa kwn2 diorang lagi superb
same here--->housemate n rumate i sgt superb
undeniable..seriously
pesan abah ' hidup anak abah ni bertuah sgt, Allah dah bagi kawan2 yg sgt baik..diorang tu dah macam adik beradik..so, anak abah kena jaga diorang baik2, jaga hati jaga hubungan jangan bergaduh'..tu pesan abah setiap kali abah telefon. Ayat sama, nada sama..tak ada yg berubah sikit pun.

dah melencong pulak..berbalik pada ramadhan tahun ni
Alhamdulillah terawikh belum ada yg tertinggal
doa imam sgt gembira tapi buat hati jadi sedih
ramadhan kali ni mungkin Allah nak menguji
moga Allah kuatkan hati..rationalkan minda
semua benda didunia ni sentiasa berubah..moga setiap perubahan tu kepada kebaikan

“Dan Jangan kamu berputus asa dari Rahmat Allah. Sesungguhnya tidaklah berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.” QS Yusuf (12) : 87

forgiveness

saya maafkan awak--->situasi satu
awak maafkan saya--->situasi dua

mana lagi mudah agaknya?
i think first situation lagi mudah kan
so, maafkan la setiap orang selalu
terkadang kita x sedar silap yang kita buat
kita x rugi
lebihnya hati kita lebih tenang

moga bulan ramadhan kali ni Allah berikan lebih kekuatan n bertambah iman
Insya-Allah amin ^^


Monday, August 1, 2011

ramadhan 2011

selamat menyambut ramadhan al-mubarak to all muslim
moga ramadhan kali ni lebih berkat..
selamat beramal ^^

still di India
mimpikan lauk bukak puasa mak
makan berempat dekat meja bulat..
>.<

Thursday, July 28, 2011

flaccid

setiap yang datang akan pergi..

sama lah macam sakit
sakit datang, lepas tu pergi
tapi bila dah lama tak sakit and tiba2x sakit, memang sakit

diagnosis classmate i---->diarrhea la tu
me?--->maybe la kot
3 liter ORS (oral rehydration salt) kena telan terpaksa
ulang alik ke toilet x payah la nak kira kan
suhu pun dah naik, BP pun dah over pulse pun loncat2 gembira

kaki dah berstoking,comforter dah bertimbun atas badan
ouh, demam datang lagi

Sunday, July 24, 2011


ramadhan dah dekat tapi dalam otak dah fikir pasal raya
emosi terganggu malam ni

budak-budak sungguh perasaan ni
i-am-super-sensitive-plus-childish-irritated-kinda-person------->now
sungguh tak seperti orang besar punya perasaan

selamat malam


Friday, July 8, 2011

cooking time


anak dara kena rajin ke dapur
ofcos masak bukan pegi dapur bukak freezer or tudung saji cari makanan or panaskan dalam microwave
hehe~tu mak yang cakap lah
bukan i ><
tapi bila dah duduk jauh ni, plus malaysian food yg sgt rare nak dapat..nak tak nak kaki ni laju je ke dapur, tangan ni ringan je nak pegang pisau, kuali sudip semua..
asal weekend bila abah call 'kat mana? x kuar jalan2x?'...i jawab' dapur abah, masak'
'uish, dah pandai dah masak, tapi kat umah asal suruh kak masak bila lapar?'...

dong!!..adeh abah ni,..itu cerita kasi simpan lah..huu~
kalo dekat umah, kakak la paling expert lepas mak..i ni bleh kata sama level je ngan abah..eh jap!..i better skit dari abah--->sory abah ^^

bila weekend mood masak hyper skit..nasib baik pergi mantri ngan datin..sempat jugak beli brg dapur nak maak weekend ni..nak masak apa pun i x sure, grab je sume benda depan mata..ouh! daging..dah lama kot tak makan daging..beef bukan mutton
bukan i x makan mutton ni..nak jugak makan sbb org kata sedap..tapi memang cari pasal la kan, get ready rashes all over body plus mulut jadi mulut angelina jolie..sila2 kalo berani

bukak food shelf ada tepung kek..dah lama kat situ malas nak buat..tadi malam tetiba rasa macam nak makan je kek, so i buat lah since oven x reti nak pakai i kukus je...nampak mcm sihat je bila cakap pasal kukus2x ni..tapi kalo ingredient sama je berlemak, sama je la kan tak sihatnya..tapi bukan slalu so, tu kira reasonable la kan..hehe~




pagi ni nak masak daging masak hitam pengantin..ala daging hitam yang selalu makan kat kenduri kawen tu..huu~lama tak makan..tanya mak plus from internet so, get ready nak berperang dengan minyak---> dah siap suruh datin rasa ' hmm~rasa ni sama macam pernah makan kat kenduri".........yes lah datin i mmg syg u lebih..

seyes gamabar x secantik makanan sebenar..ye la camera henset je pun..janji ada kan..hee~

craving for food...jom makan!

Saturday, June 25, 2011

21??

21 members in one group??
owh apekah dalam otak org yg buat group ni
omo!!~
kalah suju kalah snsd
tp .. x leh lawan japan kot---> AKB48 female japanese idol group ada 58 members
whoa!!~~..

A Peace..korean boy band
group baru bagi i lah..maybe dah lama bagi yang laen
hee~alasan konon baca buku instead of mengadap lappy.. ^^
baru tgok MV diorg..
berapa kali kena ulang tah sbb nak tgok muka satu2x
haha..kes x da keje kan


Saturday, June 18, 2011

OBG

OBG end posting habis sudah
phewh~!!..sgt menarik posting kat department ni for this term
seriously..ada PG baru masuk, kecik je orang nya
PA Dr Prakash pun sgt baik kali ni..sgt ramah tamah okay
since posting batch pun dah jadi makin kecik so lagi senang nak amik case from patient
masuk OT tgok surgery pun berbilang2 sampai dah jadi penat
huu~ sebab asyik masuk case yang sama genital prolapse
procedure--->total abdominal hysterectomy, vaginal hysterectomy,pelvic floor repair
yang tak bestnya tak dapat masuk OT for Caesarean section T.T
normal labor pun x sempat tengok..maybe next tyme..sabar2

end posting exam pagi tadi x se-nervous dulu sebab bukan Dr Prakash yang jd examiner tapi Dr Sridivya yang sgt lah baik nya
suka tanya anatomy..( teringat dalam OT masa dia buat vaginal hysterectomy..tiba je dia tanya 'okay, what is this?'..tgn dia tunjuk kat someting warna pale pink dkt area vagina patient..then ktorg cakap la pouch, lepas tu dia cakap..'pouch of what? what is ur name..then ktorg cakap la nama ktorg dgn muka blurr tak boleh blah..then dia sambung..'so this pouch call as pouch of "nama ktorg",,mau pecah perut kalau gelak...)...HAIYA!! pouch of Douglas la asal la tak confident nak sebut padahal dalam otak dah tau tu la bendanya..
haha~

Dr tu cakap dia nak bagi obstetric case so malam tu pulun la revise balik semua case patient yang dah amik n khatam apa yang patut..tiba je pagi tadi Dr.N cakap 'okay 79 and 80, take this patient history vaginal prolapse third degree'..OHEMJAY!!!...me?
apekah? nasib baik dalam bus on da way to hospital terbukak page genital prolapse..alhamdulillah sgt2..and Dr.S pun sgt la senang hati mem-viva n I pun dgn cuaknya menjawab ala2 confident..abis je jawab nak keluar je tiba doctor cakap..excellent..huh~ rasa nak peluk2 je dia..

tapi markah tak tau lagi..x pe lah janji I dah in love dgn department ni but not deep yet..tehee




Saturday, May 28, 2011

public

susah ke nak senyum agaknya..
hurm~
entah..macam senang
BUT not for everyone..maybe

susah ke nak balas senyuman orang
rasanya macam senang jugak
BUT still x senang kat semua orang
so..

lain padang lain belalang
lain orang lain pandang
senyum tu perkara senang
selalu senyum hati pun tenang

keadaan dah jadi makin menarik i think so~

^_____^

Friday, May 20, 2011

49 day..done
secret garden done
yang ni?--->cmne bleh terlupa tgok

dah lama..
yes i noe
pedulik lah..janji i tgok jugak last2x kan
hehe
pandakan lagi mata..hee~oh yeah!!~




nebes lah

ape nebes2x?
nervous lah..-->hikhik sama la tu
kalo kat kampung atok mana sebut 'nervous' tapi atok sebut 'nebes'

hehe tetiba je teringat kat atok
atok cakap..'tok pun kena blaja cakap omputih ni, cucu atok sume dah masuk u'..tehee~
tapi bila atok start je cakap..mau sakit perut tahan gelak

contoh kan..

apple---->epon
advanced---->gedeban
nervous---->nebes

heee~

ouh saya nebes arini..otoke???

Saturday, May 14, 2011

bu--bu--

feeling yang sgt x comfort
shuh~shuh~
jauh2x
solat sudah...mengaji pun sudah...
maybe i need someone to talk
huh?..sape2 please..

oh..oh..datin dah keluar bilik..
tehee~

annyong higase yo!


misi karipap datin


haha~
main chef : datin--->kena prepare ilmu masak2x ni sbb u nk kawen dah..hehe
assistant chef 1 : me
assistant chef 2 : nad
assistant chef 3 : erol

recipe : karipap pusing berinti ubi daging
yay!!~

ingredients :


1. bahan menumis

2. tepung la kan

3.butter + cooking oil..ouh! tu tangan datin

4. beef before i mince sampai tak rupa daging..keke~

5. of course la potato kan

masak tyme:


ja jang!~
yummy2..sukatannya kata datin campak je ikut hati..
note down ye sape2x hehe

akhirnya


tadaa..jadik..yay2x jadik
muka hepy berapa lama x makan karipap



ham-mik..karipap giant besar satu tapak tangan i..
datin buat special kat i
thx datin..tsk~tsk~terharu
sbb i asyik bising sume karipap yang i makan x da daging...asik ubi je..orang lain semua bila gigit je "daging..dapat daging"..ugh!~

sory luv..perangai kalah budak..i kan maknae dalam umah ni


pic ni x da kaitan pun dgn karipap kat atas
i letak je bagi cukup syarat..sbb masa buat karipap semua tangan penuh tepung x da orang nak snp pic kta kekeke~



Friday, May 13, 2011

mimpi

pernah tak, kadang2x bila kita tido..tetiba je kita bagun x payah alarm nak jerit2x suruh bangun?
sure2x semua orang pernah cam tu kan
me too..

tido tetiba bagun pukul 2 pagi
tido tetiba bangun before alarm subuh jerit2 suruh bangun
hurm~ apa logiknya benda ni
sembang2 ngan datin semalam masa tunggu dr.pradeep masuk class orthopedic

then i tny benda yang sama dekat datin
dia cakap dia pun pernah gak camtu
tersedar sendiri terus buat kita sedar diri from sedar from alarm yang jerit2x suruh bangun
datin kata.."malaikat yang kejut kan kita tu"
datin kata.."bila tersedar sendiri, laju je g toilet amik wudhu' n terus perform solat, kalo alarm yang kejut kan kita..situasi nya jadi macam kita tak bukak pun mata kalo bukak pun ala2 ptosis je..raba2x sebelah bantal off kan alarm..pusing2x skit pastu sambung tido balik"

hurm~ hebat jugak datin ni..tipu la kalo x pernah jadi camtu
baiknya..kita akan tersedar balik few minutes after kita off alarm nak cepat2 solat subuh
negative nya..ada yang dah ayam dah bunyi baru tersedar subuh dah terlepas..eh jap!.. india x da ayam nak bunyi..heehe~

then i tanya datin lagi..pernah tak mimpi ala2 nak suruh bangun sebab waktu solat dah masuk?
datin kata tak pernah la pulak
tapi i ada..few times la jugak..rasa special la pulak..alhamdulillah

one time tu i tido before zohor..dalam mimpi tu i masuk bilik air nak amik wudhu'..tapi yang pelik i amik wudhu' berkali2x..bila dah basuh tangan i rasa macam masa basuh muka x cukup 3x..ulang balik..then time nak kenakan air kat rambut, rasa macam masa basuh tangan tadi tak sampai siku..i ulang balik...banyak kali..then i stop sekejap..pikir2 macama nk nangis still dalam mimpi..tetiba i terasa i tido tadi atas katil, asal toilet ni x macam toilet bilik i?..i dengar azan n semua orang yang amik wudhu' lat toilet tu dah tinggalkan i..tup2x i terjaga..i tanya rumate i, dia cakap zohor dah masuk dah tadi..speechless

one time tu pulak
i tido..dalam mimpi tu ada someone suruh i bangun
banyak kali la jugak..
dalam mimpi tu macam liat je nak bukak mata..
tapi sebab dah banyak kali kot ok fine i bukak mata
tengok sebelah rumate i tido..i ingat dia la yang kejut
tgok henset..baru 5 suku pagi..dah subuh
abis je solat i tido balik..
then tetiba rumate i kejut suruh solat sbb waktu nak abis dah
i kata i dah solat td..
huh?..bukan rumate i la kan?

then datin pun cakap..bagus la tu at least u sedar n solat..
to datin, thx a lot eh?..slalu jadi ustazah express i..
malu bertanya sesat jalan..

hehe^^



Monday, May 2, 2011

korean fever lagi part-1





omaigee!!~~

tehee~ eventhough goguma couple dah abis huu~ yonghwa sorang pun ok lah..hee~~

Wednesday, April 27, 2011

hari ni...




whole day terperap dalam rumah
kalau terperap goyang kaki sangat la heaven
tapi kalo sebab sakit, kind of sama la macam busy satu hari
penat..ouh~
a'firullah~merungut je tau =_=''

need a good rest..huu~
kan best kalo mak ada time2x macam ni..T_T



jal jja!!



Tuesday, April 26, 2011

......untitle......


tired =_=''
nak senyum pun malas..

Sunday, April 24, 2011

lets talk part 2


benda yang biasa bagi kita maybe x biasa bagi orang lain and benda yang biasa bagi orang lain x semestinya biasa bagi kita
sape setuju?--->then angkat tangan macam saye~~tehee~~

tp kan macam mana nak tau if kita dah buat benda yang x biasa bagi orang lain tapi biasa bagi kita
or
orang lain buat benda yang bagi dia biasa tapi x biasa bagi kita especially masa bercakap..
ouh!! berbelit2x..
and benda yang biasa tu sgt lah x comfort nya
sigh~tgok lagi drama byk2 kan dah pening..atoi!~

tapi benda camni kena fikir jugak, ye la..tipu la kalo benda camni x jadi kat diri kita...am i rite?
for me?--->agreed
terasa matured pulak cakap benda2 camni..kekeke~ =_=''

tapi kata my parent..kalo nak tunggu orang lain berubah, satu benda pun x jadi..and dari penat tunggu orang lain berubah, why not kta sendiri yang berubah dulu, if perubahan tu is something good..benefit nya dapat dekat kita jugak..hurm

lalala~








lets talk


sunday yang bosan =_='
bangun pagi after subuh, mata still terkebil2 ala2 nak suruh sambung tido
jangan nak buat pasal enche' mata..buat selalu nanti dapat hobby baru
bukak tingkap..sejuk kot angin pagi plus kipas kat siling ouh my~

on laptop...
google2..mata stop kat satu page ni..
byk kot pasal islamic article
english version, n most of penulis ny from 'negeri atas angin'--->oversea la tu ^_^
every article yang di publish mesti ada ayat al-quran .. sangat bagus kot..
even ada tafsir, kadang2 kta x faham jugak isi al-quran tu sendiri
even faham pun, tak semua orang boleh relate or apply dalam hidup seharian

agreed!!!!~~
me one of them
bagus la tau sendiri..ada masa nak baiki diri..~_~

dalam byk2 article tu tangan ni laju je click dekat article about relation
still byk category--->something yang menarik relation before marriage..tehee~

http://www.suhaibwebb.com/relationships/am-i-marrying-the-right-person/

respons to dat article?--->..tenkiu mak abah, i do love u both so much..farah nak jadi anak solehah terlebih dulu..amin~