Sunday, May 26, 2013

SMS

Tiap pagi
Pesanan ringkas untuk mak adalah rutin
Soalan yang sama
Tak ada yang berubah
Mak tak jemu nak balas
Tiap balasan mak akan buat tingkat 'homesick' bertambah
Taipan mak sama tak berubah  'banyak patient?bawak bekal apa hari ni?penat?..mak dah siap masak nasi lemak lah,karipap pusing lah,daging hitam lah,tomyam lah..berderetnya lauk mak masak
Anak mak ni nak pergi pasar pun tak sempat..
Rindu mak

Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday, May 25, 2013

parcel dari Dia

ini kisah rindu
tipu memang tak lah
7 hari dalam seminggu ni
mula-mula abah
lepas tu mak
ikut pulak dengan kakak
lepas tu mestilah pelik
bergilir-gilir
sorang-sorang
lepas tu penutupnya semua sekali
huraiannya..
abah duduk atas kerusi mata memandang keluar
mak tengah kemas-kemas bilik
kakak datang dari mana entah dan kami berpeluk
pengakhirannya..
berempat, abah mak memerhati adik dan kakak berpeluk

Dia kirim hadiah mimpi
dunia dah moden
tapi mak abah masih kekok dengan panggilan video
atau lebih jelas abah mak kakak belum ada telefon dengan aplikasi tu
walaupun mimpi tapi rasa dekat, sungguh :)

hadiah Dia
seminggu berembun
seminggu yang huru hara
seminggu yang sakit tumit dan pinggang
itu hadiah dari Dia :)

Monday, May 6, 2013

inti

penat setiap deria yang ada pada tubuh
masing-masing dah masuk ke profession ke dua iaitu negarawan
dari kelmarin-kelmarin lepas menadah tiap kata, tulisan, gambaran
otak masih mencari konklusi yang paling patut
konklusi dari diri, konklusi yang tulen
bukan dari tadahan kedua, tapi dari yang pertama
talian telefon bersambung
walid yang dicari
mencari petunjuk baru, mungkin membantu yang buntu
mungkin walid patut jadi antara negarawan
negarawan yang berisi
mungkin sebab walid lahir di tahun ubi kayu makanan ruji
apa yang dipandang lagi luas, lagi dalam
pandangan walid adalah milik walid
pandangan diri milik diri
sebab kata walid, itu adalah pandangan
belum boleh dijadikan fakta rujukan
tapi masih berisi sebagai ilmu
fakta mesti berakar
bukan terus dahan dan daun
tapi mencapai dahan dan daun lebih berpusu sampai akar tertinggal
kata walid hidup ini perlu pegang dan sandar
tapi jangan sentiasa, tapi ikut pada masa
terlebih pegang jadi taksub terlebih sandar jatuh terduduk