Monday, October 22, 2012

rasa apa

Perasaan sebelum apa yang nak dibuat adalah betul
Tak ada yang salah
Tapi bila selepas..DANGG!!!
Kenapa rasa macam salah dan tak betul
Perasaan yang sangat tak selesa
Sungguh
Tak selesa

Farah..farah..=.='

Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday, October 13, 2012

senior ke

Senior
Titile tu akan melekat pada mulut junior, doktor, jururawat, termasuklah amah hospital
Title yang nampak gah
Tapi mengeletar lutut nak mengalas
Bukan sebab berat fizikal tapi metal
Sungguh
Nametag dah bertukar warna
Bukan lagi merah ( boleh lagi berhenti atau diamkan diri kalau soalan ditanya tak tahu jawapan)
Bukan lagi kuning ( bila soalan ditanya masih boleh pause untuk fikirkan jawapan)
Tapi dah HIJAU!! ( jawapan bukan dihujung jari tapi dihujung lidah)
Setahun lagi berbaki
Bila ditengok status senior gilang gemilang gembira..congrates :)
InsyaAllah status yang sama akan muncul hujung tahun depan
Moga Dia permudahkan

Published with Blogger-droid v2.0.8

pernah

Penat dengan kalut dunia
Penat dengan kocoh manusia
Penat menghadam sesuatu yang dulunya amat arif tapi sekarang makin luput
Bukan lama ditinggal
Mudah sungguh ingatan itu berkabut
Cemburu pada orang itu adalah kebiasaan
Tapi cemburu pada diri sendiri adalah pelik
Mana mungkin boleh wujud cemburu pada diri sendiri
Tapi siapa tahu
Boleh ada cemburu
Cemburu pada diri yang pernah rajin, pernah taat, pernah sabar,pernah kuat,pernah kasih, pernah sayang, pernah semangat
Cemburu kan?
Mana diri-diri yang pernah tu
Masih ada
Masih wujud
Cuma kadang2 tersimpan jauh
Mungkin perlu dikeluarkan dari simpanan
Mungkin perlu digunakan
Sekarang
Bukan nanti-nanti
Tapi sekarang
InsyaAllah :))

Haish..tersampuk puitis abah barangkali

Published with Blogger-droid v2.0.8