Saturday, December 22, 2012

ada pelangi :)


perasaan itu masih janggal
tapi bukan itu sahaja perasaan yang tinggal
masih banyak
berbaur-baur
bauran positif dan negatif
moga tiap perubahan yang berlaku adalah kebaikan
kebaikan terus menerus

sakit kucing supaya tuannya turut teruji
Allah berikan sihat selepas sakit
Allah hadiahkan pelangi selepas hujan
tapi jangan hujan diketepikan
sebab hujan pun satu rahmat :)

Sunday, December 16, 2012

Sabar la eh
Sabtu tu pejam celik pejam celik je

Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday, December 15, 2012

terganggu rutin
itu baru kucing yang sakit
pernah tengok kucing menangis
pelik..
tapi memang kucing menangis
mungkin tak mampu nak tahan sakit

Monday, December 10, 2012

I.II.III

I.
Bila otak dah tak ada kemampuan untuk dikerah
Bila tenaga dah tak ada sisa
Satu perkataan yang mudah 'penat'
Penat dengan kemampuan diri yang nipis
Nipis sungguh
YaAllah

II.
Sandwich tu sedap amat
Tapi jadi inti yang dikepit dua keping roti tu sangat sesak
Itu mungkin satu personafikasi yang agak janggal
Tapi itu emosi yang nyata dalam kekerapan yang sangat kadang-kadang

III.
Terapi homesick yang paling berjaya
Untuk diri sendiri..diri sendiri
Simpan elok setiap baju yang bawa dari malaysia setiap penggal cuti
Elok-elok
Bila masa tiba
Pakai baju-baju tu
Bau sabun dan pelembut yang mak selalu guna
Aaaaa...perasaan yang paling hebat masa tu
Hilang rindu
Jadi simpan elok

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, December 4, 2012

yosh!!

When there is confusion between heart and mind
Mind's most concern about survival
Heart more into feels

I need magic
Precisely i need semangat yang meluap-luap

Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday, December 1, 2012

hero

ding ding dong !
ding ding dong!
ding ding dong !
apakah?
kuakkan pintu
tamu "tumpangkan fridge"
tuan rumah "oh! sila-sila, ada space lagi masuk-masuk"
berminit selepas
loceng pintu pecahkan sunyi
terkedek kuntum lari menyorok bawah meja
kuakkan pintu
tamu yang sama tapi riak muka tak setenang tadi
tuan rumah "kenapa?"
tamu "pintu rumah tak boleh bukak, tersekat..boleh awak tolong, tangan awak kuat please"
oh? tangan kuat? sengih
capai hoodie tudung "jom"

....memang tersekat ketat
tamu "terima kasih lah awak ada, hero saya hari ni..kalau tak saya kena tunggu orang laki"
satu garis bengkok terlukis dekat bibir
garis bengkok saling berbalas

bermakna jugak weekend ni..hero kan :)

Wednesday, November 28, 2012

It's written by someone
Who rarely known
'My sources of happiness :)..yours?'

Kerah otak untuk berfikir

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, November 27, 2012

Sibuk
Santai
Padat
Lengang..jadual hidup

Masih ada masa untuk berangan-angan
Angan-angan kosong belum pasti
Musim sejuk macam main aci sembunyi
Selang dua hari angin sejuk menggigil
Selang dua hari peluh percik sana sini
Berubah-ubah sampai ramai yang kalah
Demam dah naik raja
Kelas yang penuh dah makin surut
Kuat!,tolonglah datang

Published with Blogger-droid v2.0.8

Thursday, November 22, 2012

pendek

It's been a while
Sebaris pendek
Pendek sungguh
It's been a while

Siapa? Mana? Kenapa?
Heh..:)

Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday, November 17, 2012

sabtu

Sunyi blog ni
Macam meja yang lama ditinggal
Mesti berhabuk bersawang
Ketepikan perihal cerita cuti sebulan
Perihal diri yang menjejak tahun akhir
Perihal orang lama tapi jadi orang baru
Perihal diri yang masih janggal
Ketepikan
Mungkin bukan dalam post kali ni
Masih belum mahu bercerita
Belum datang ilham
Hari ni sabtu
Pagi lagi dah dipekak kan dengan pekikkan lagu local dari basement
Apa pulak aktiviti pagi ni..bingit
Kepasar sudah..bau ikan masih kuat melekat
Yang tinggal cuma datin..
Berdua lagi
Rutin kami mungkin
Berperang didapur
Masak lemak ketam tolong lah menjadi
Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday, October 22, 2012

rasa apa

Perasaan sebelum apa yang nak dibuat adalah betul
Tak ada yang salah
Tapi bila selepas..DANGG!!!
Kenapa rasa macam salah dan tak betul
Perasaan yang sangat tak selesa
Sungguh
Tak selesa

Farah..farah..=.='

Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday, October 13, 2012

senior ke

Senior
Titile tu akan melekat pada mulut junior, doktor, jururawat, termasuklah amah hospital
Title yang nampak gah
Tapi mengeletar lutut nak mengalas
Bukan sebab berat fizikal tapi metal
Sungguh
Nametag dah bertukar warna
Bukan lagi merah ( boleh lagi berhenti atau diamkan diri kalau soalan ditanya tak tahu jawapan)
Bukan lagi kuning ( bila soalan ditanya masih boleh pause untuk fikirkan jawapan)
Tapi dah HIJAU!! ( jawapan bukan dihujung jari tapi dihujung lidah)
Setahun lagi berbaki
Bila ditengok status senior gilang gemilang gembira..congrates :)
InsyaAllah status yang sama akan muncul hujung tahun depan
Moga Dia permudahkan

Published with Blogger-droid v2.0.8

pernah

Penat dengan kalut dunia
Penat dengan kocoh manusia
Penat menghadam sesuatu yang dulunya amat arif tapi sekarang makin luput
Bukan lama ditinggal
Mudah sungguh ingatan itu berkabut
Cemburu pada orang itu adalah kebiasaan
Tapi cemburu pada diri sendiri adalah pelik
Mana mungkin boleh wujud cemburu pada diri sendiri
Tapi siapa tahu
Boleh ada cemburu
Cemburu pada diri yang pernah rajin, pernah taat, pernah sabar,pernah kuat,pernah kasih, pernah sayang, pernah semangat
Cemburu kan?
Mana diri-diri yang pernah tu
Masih ada
Masih wujud
Cuma kadang2 tersimpan jauh
Mungkin perlu dikeluarkan dari simpanan
Mungkin perlu digunakan
Sekarang
Bukan nanti-nanti
Tapi sekarang
InsyaAllah :))

Haish..tersampuk puitis abah barangkali

Published with Blogger-droid v2.0.8

Friday, September 28, 2012

jiwa

Jiwa hari ini
Pagi yang sangat terkocoh-kocoh tapi ada sedikit tenang
Tengahari yang sangat mengganggu emosi sampai hilang rasa tenang
Petang yang sangat drama hingga banyak mata-mata asing jadi penonton
Senja yang penuh rasa cuak

Malam yang memerlukan tidur..
YaAllah affected habis
Dah habis tenaga tapi otak masih terfikir
Sigh~
Malam semua

Hati belum mampu nak tebak bila Allah nak menduga

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, September 25, 2012

confirmed

Its been confirmed..
1. Tiket flight masih belum dibeli
2. Residential permit masih belum ditangan
3. Minggu depan final exam
4. Saya ada tonsilitis!!

Apa itu tonsilitis?
- jangkitan kuman pada tonsil
- symptoms : difficulty in swallowing, sore throat, ear pain, swelling and tenderness of lymph node below jaw, fever plus lack focus & concentration to buku ofcourse
- microorganism : strep. ( jahat strep ni, sakit tau! T.T)

Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday, September 24, 2012

pain killer

Pain killer..mana?mana?
Boleh pulak habis
Kenapa sekarang
Oh! Throat please behave tonight
Saliva janganlah nak over merembes
I cant swallow..its painful sobs :'(

Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday, September 22, 2012

oh my exam!!

Kalau pesakit menemui perawat
Dan nasihat perawat untuk pesakit supaya bertemu perawat kembali selepas rawatan
Mungkin pesakit itu akan merasakan biasa-biasa sahaja
Tapi
Bila perawat menemui perawat untuk rawatan
Dan nasihat yang sama diberikan
Oh!?
Itu bukan sesuatu yang menyenangkan

Berbaris baris differential diagnosis dibuat
Dr.Bindu cuma kata"just inflammation dear..no need to worry..take care of yourself have a good rest. Exam going right?..finish the prescription and meet me again next week" dengan senyum penuh keibuan.
Homesick!!..
Maknanya..the exact diagnosis tidak diketahui dan prescription itu ibarat trial..if cured, diagnosis adalah tepat and if not,we go to the next ubatlah kan
Exam in 1 week...shoohh-shoohh pain i need to study

Published with Blogger-droid v2.0.8

Friday, September 21, 2012

Post clinical exam fever migraine and mystery sore throat
Its painful..sobbs :'(
Sorang sorang suluh torch dekat mulut nak diagnose keadaan tekak
Masih gagal
Makanan banyak tapi satu pun belum keperut
7 hari sebelum exam
Terasa berat

Published with Blogger-droid v2.0.8

Thursday, September 20, 2012

indah

Setiap yang Dia beri itu indah
Sakit itu indah
Debaran itu indah
Dugaan itu juga indah
Sakit debaran dan dugaan mana mungkin indah?
Indah bukan dari kasar mata tapi dalam halus hati
Kerana setiap sakit, debar dan terduga itu akan menarik kita ke sejadah untuk bersujud pada Dia
Dekat dengan Dia itu yang indah

Tersampuk puitis abah agaknya :)

Published with Blogger-droid v2.0.8

Sunday, September 16, 2012

memori jangka panjang

'Izza..izza..mana encik haris?'
Drama sangat
Yang tak drama bila nama tu diguna pakai
Memang susah kepala nak menoleh
Sebab macam interpritasi otak jadi lambat
Bila ada yang mencari dengan nama tu
Memang susah nak jejak si pemilik
Berbelit sungguh taipan kali ni

Bila dicerna-cerna otak
Teringat 'sipemanggil pertama' untuk nama tu
Memang janggal didengar
'izza!' tapi masih jelas situasi masa tu
Ditegah berkali tapi masih tegar tuturkan 'izza' dengan alasan nama itu lebih unik dari yang kebiasaan
Aha..
Sipemanggil pertama, kalau terbaca entri ni mungkin boleh berfikir sejenak :)..dan yang paling penting selamat hari lahir :))

Published with Blogger-droid v2.0.8

Friday, September 14, 2012

ubat


Mintak demam
Allah makbulkan terus
Jangan sampai kehari exam harap-harap
Nasihat orang sakit senang sungguh
Sendiri terkena..ambik ubat sudah

Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday, September 3, 2012

fitrah

Sabar tu bagus
Sungguh tak tipu
Tak hilang. Tak rugi. Tak terjejas. Tak apa-apa
Sungguh
Pendapatan?
Relief!..itu hasilnya

Emosi manusia ibarat angin yang tak pasti kelajuan..fitrah :)

Published with Blogger-droid v2.0.8

Sunday, September 2, 2012

frasa

Etika
Dalam kata mudahnya adab
Rujukan kamus farah edisi satu
Kata orang hidup perlu ikut adat
Atau lebih tepat, hidup perlu beradab
Telahan orang kadang-kadang berbeza mungkin
Apa kaitan dengan entri kali ni
Entah
Tiba-tiba kata akar 'adab' berlegar-legar dikepala bila terdengar bunyi ketawa tak terkawal
Kadang-kadang suasana boleh mengubah emosi
Inilah dunia

Oh! Entri kaaai ni agak berbelit mirip ASamadSaid mungkin :)

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, August 28, 2012

ikhlas itu diam


Diam itu perisai kebodohan
Diam itu perhiasan kebijaksanaan
-pahrol mohamad juoi-

Ikhlas itu antara kita dengan Allah
Belum ikhlas kalau mulut masih berkata, hati masih mengungkit dan otak masih mengingat
Yang benar ikhlas mungkin tidak akan mengatakan ikhlas sebab ikhlas itu dari hati dan jiwa bulan dari mulut untuk disebar

Itu sebab ikhlas itu tersirat antara kita dengan Dia sebab hati kita dia yang pegang inshaAllah :)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 22, 2012

mana

Oh gambar raya
Mana?mana?
Siapa suruh malas
Gambar raya sikit je

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, August 17, 2012

ketuk-ketuk raya

Ketuk ketuk ramadhan pun dah nak last episod
Ketuk ketuk hati macam mana
Ramadhan kali ini bukan setakat ketuk tapi macam dah terpukul
Istiqamah inshaAllah

Susah betul nak update post raya ni
Internet main sorok-sorok pulak..kura-kura sungguh =.=
Ape cerita fesbuk agaknya
Sebelum internet meragam dan maxis main pelik-pelik tolak kredit sesuka suki banyak kali " selamat hari raya aidil fitri..minta maaf salah silap" :)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, August 16, 2012

garis


Semua mengatakan putih
Tapi hakikat ianya masih bertompok hitam
Bukan semua garis bengkok itu perlu dilurus
Kerana senyuman jugak bengkok yang bernilai

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 15, 2012

rajuk


Sedih!..sedih!..
Asal semua orang tak nak pergi bazar ramadhan
Oh!..air tebu T.T

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, August 13, 2012


Belum sampai malaysia
Baru nak selesakan diri kat airport bangalore
Penat tengok gelagat orang
Pelajar malaysia boleh dibilang
Masih belum ramai
Ramai yang balik rabu ni
Tapi tak nak ambil risiko..alang-alang tiket murah :)
Sumbat earphone dekat telinga
Scroll..cari radio malaysia
Dengar hot.fm..selang 5 minit lagu raya
Meriah sungguh, padan lah dengan status FB,Twit,Insta semua orang
Balik awal ni..mintak-mintak lah aura ramadhan tak jadi malap inshaAllah

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, August 12, 2012

unexplained


Asal nervous sangat ni
Breath-in..breath-out..
Phewh!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, August 9, 2012

raya


Matahari baru nak naik
Tangan dh sibuk menaip blog
Rehatkan otak sekejap
Ruang kosong dalam buku untuk case presentation masih berbaki mintak di isi
Tidur awal lagi..terpaksa qiamulail dengan buku dari 3 pagi
Update kali ni pasal raya
Few days to go..masih belum ada rasa.Mungkin lagu raya tak ada diradio sini, mungkin jugak sibuk dengan segala macam kerja, exam dan emosi orang sekeliling sampai ke tahap berdiri pun mata boleh terlelap
Abah telefon kelmarin, excited anak nak balik..tanya itu ini..pesan itu ini..jangan beli itu ini..semuanya okay
Ayat akhir " apa kata raya tahun ni balik johor sorang. Abah post anak abah ni dulu, nanti raya abah datang"
Oh!apakah?..mestilah tak. 9 tahun tak balik sana, takut pun ada segan pun ada. Lain la mak abah kakak, selalu jugak balik johor. Dan setiap kali tu lah tak pernah ada rezeki nak ikut..haila~
Usik abah kadang-kadang pelik-pelik

Kerja sekolah sedang menunggu
Assalamualaikum, check out dulu :)

Published with Blogger-droid v2.0.6

paktam


Apa yang terjadi dimalaysia minggu ni
Sms dari abah "berita dukacita, paktam kucing abah dah mati"
Kata abah mungkin sakit tua..mungkin keracunan
Kesian abah..dah tak ada kawan buat sembang
Apa yang best sangat paktam ni?..namapun tam sebab dia hitam,dia tak pernah menyahut selain abah yang panggil..samapi sekarang macam misteri..mungkin deria kucing derap kakipun dia boleh tahu tu abah..

Mungkin balik kali ni boleh cari kucing baru dari pasar..agak2 abah nak ke tak

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 8, 2012

perlu.cari.pilih


Perlu dan cari, dua perkara yang berkait
Mana mungkin mencari kalau tak perlu
Mana mungkin juga perlu tapi tak mencari
Tapi,
Apa yang perlu
Apa yang cari
Semuanya pilihan
Apa yang perlu dipilih
Mungkin belum tiba masa untuk memilih

Petunjuk mungkin ada, dalam sedar atau tidak...iA

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, August 6, 2012

khabar


Apa khabar iman di dada?
Masih belum kuat untuk buat yang lain kuat
Moga dikuatkan supaya yang lain turut kuat
InsyaAllah..yosh!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, August 5, 2012

iftar


Rewang yang pertama
Besiap yang kedua, berbaju kurung xxl saiz emak mungkin
Berbuka acara ketiga
Usai maghrib..selaut makanan terhidang
Nikmat Allah alhamdulillah
Tegak imam berdiri silih berganti..ketua jemaah kecil malam ini
Ada satu perasaan lain..saf-saf yang rapat seperti hubungan akrab jemaah
Selesai acara..tangan penuh bekas bertingkat

Mata terkebil-kebil tak mahu tutup..esok isnin selamat malam :)

Published with Blogger-droid v2.0.6

pernah terfikir


Kata orang:
-kalau kita rajin bercakap benda positif dengan bunga yang kita tanam,bunga tu akan hidup subur..tapi kalau sebaliknya bunga tu akan layu kuyu-

Macam mana dengan situasi ni:
-bila gembira,kita cakap gelak-gelak, kejar lari macam  tak cukup tanah punya gaya dengan kucing kita, kucing tu pun aktif..tapi kalau sebaliknya?..kita stress, kita membebel kat kucing tu (ala-ala luahan perasaan)..macam mana?
Tak kan kucing tu akan sakit dan mati..alamak aih..kesian kuntum

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, August 4, 2012


Se-detail manapun aturan kita
Complete lagi aturan Allah
Mata manusia mana mahu menebak semua yang di depan
Hati kita bukan kita yang pegang
Berbalik pada niat..akan ada jalan

Exam dah habis..kepala dah mula fikirkan raya..ramadhan yang masih panjang berbaki mungkin masih sempat menjadi seiring ahli Badar :)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, July 30, 2012

petola


Selalunya bila dah petang2 tenaga dah tinggal 30-40%
Bulan puasakan
Tapi tadi,mana tah datang tenaga terlebih
Dah abis gemalai hayun tangan
Kita terbaling petola kat muka syafiza
Oh noooo
Tak ada ekspresi muka masa tu
Sungguh

ps:sya,soory

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, July 27, 2012

puitiskah


Belum pasti pada sesuatu
Hati masih belum tetap
Perasaan masih berbolak balik
Puitis itu mungkin

Tapi itu semua sudah pasti bagi Dia
InsyaAllah :)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, July 24, 2012


Makin hari makin kuat rasa rindu
Makin kerap solat berimam makin sedih je rasa
Sabar2..
Nak balik raya!!
Dugaan kecil je ni..kata kawan

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, July 23, 2012


Al-isra':23

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, July 20, 2012

ramadhan


Ustazah membebel
Dah macam label tak rasmi untuk diri sendiri
Dengan kakak sendiri
Kalau dah membebel dah tak ingat siapa kakak and siapa adik
What a great time :)

Ramadhan dah bermula
Nampaknya malaysia dan india puasa pada hari yang sama tahun ni..Alhamdulillah
Masa nak toughkan iman dan amal

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, July 17, 2012

hal dunia


Lemah sungguh iman dan emosi hari ni
Sungguh sungguh
Bila bahasa badan dan air muka makin mudah ditelah

Istighfar panjang farah

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, July 14, 2012


What we gain and what we lost
What we love and what we hate
What we want and what we dont
What we keep and what we throw

HE know better
The good and the bad
To gain is hard but to loss like 'puff'
So farah,please..please..cherish and appreciate every single things

-maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan- alrahman

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, July 7, 2012

overtime


Bukan senang nak dapat info from orang yg under depression
Serious tak tipu..
Dah abis baik tolong sikat rambut,letak minyak sikit,dandankan..yelah mana la tau taktik ni menjadi..dekat sejam spend time slow talk dengan patient ni..tapi tak dapat apa2..personal details je..reserved sungguh.

Memang susah lah..tapi atleast patient ni dah macam kamcing je..sebab, keluar je from bilik dia..tiba2 dia datang balik bukan pergi dekat nurse2 yang free kat corridor..tp dia sanggup jalan to the next block cari my friend n i just untuk butangkan baju dia..YaAllah time tu rasa tak tau nak describe happy tu macam mana..

Another patient ni bertembung kat pintu keluar..baiknya lah tanya itu ini..salam2 bagai..siap goodluck suruh belajar rajin2..abis je sembang..jalan keluar..few minutes, masuk balik..bertembung lagi, dah kenal mestilah senyum kat dia (trademark malaysian's student - kenal ke,tak kenal ke,senyum itu mesti)..alih2 patient ni angkat muka expression mcm (ape kes kau tengok2)..ok~..bipolar rupanya.

Bila dah masuk department psychiatric ni..baru tefikir balik..bila sakit kena berubat,tapi ubat yang paling baik is SUPPORT from family n orang sekeliling..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, July 4, 2012

triple filter test


Title of an article..iA
When we talk about other people
Ask urself 3 things
True.Goodness.Usefullness

YaAllah!.Keep remind myself..istighfar
Allah masih lembutkan hati

Al Hujurat 49:12

Published with Blogger-droid v2.0.6

majlis ilmu


Assalamualaikum..
Semuanya bermula masa lunch tengahari tadi
Susah nak buat kerja dalam satu masa
Tapi tadi sambil mengunyah boleh pulak mulut ni bercakap..ahaha..bolehla pulakkn:)

Nisfu syaaban dah makin dekat
Sedar memang sedar
Kak dinda tadi ada cakap masa ni lah buku amalan kita akan ditutp dan dibuka buku baru..iA lebih kurang macam tu. So,amik la kesempatan yang ada ni untuk saling bermaafan dan saling beringat
Ye lah,sebijak dan segenius mana pun kita ni belum tentu kita sempurna sepenuhnya..dan kita masih perlukan peringatan2 ni dari orang sekeliling kita..:)

So,peluang yang masih berbaki ni..nak minta maaf atas salah silap samada sedar atau tidak..moga Allah ikhlas kan hati kita sama2 kearah yang lebih baik..
Macam ustazah pernah cakap kat sekolah dulu..salah kita pada Allah selalu teringat,tapi kita selalu lupa salah kita sesama manusia/makhlul..fikir2.

P/s-niat kena betul..bukan kena tunggu masa tertentu baru nak mintak maaf..tapi biarlah berterusan (kita budak dah lama belajar tapi kadang2 kelaut jugak..)

#terima kasih awak2 untuk majlis ilmu di meja makan hari ini :)#

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, July 2, 2012

cerita dia


Berdoa depan kaabah
Bila dengar pun dah rasa cukup hebat
Kalau jasad sendiri..mungkin terkunci mulut

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, July 1, 2012

satisfaction


Satisfaction less overload
Aha!
Done with seminar presentation and case presentation phewh~
First time rasanya prepare seminar slide macam nak bentang bajet tahunan negara..sampai mimpi2 siap..overkan?..mana tak cuak kalau every single sentence doctor interupt..tachycardia sekejap :)
And after one and a half week hunting for case and kekiri kanan cari doctor, atlast ada jugak case for presentation. Tapi prepare for CNS case, alih2 dapat anemia case..huu~layan je lah..time kasih awak2 tolong kita budak baru belajar..hik :)

Satisfied?..alhamdulillah, tapi still rasa belum cukup effort lagi

Sekarang thesis proposal..my part dah siap tapi akak dinda reject..bukan total but still kena rewrite balik..hee~.. Bagus jugak kena reject ni, kalau tak i main2 je

Hmm
Matahari segan2 nak keluarkan cahaya..langit biru kena selimut dengan awan, mungkin sebab kesejukan..hujan turun dengan gembira
Sekian laporan cuaca dari india :)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, June 26, 2012

hug


The best medicine in the world is a mother's hug..
Sila mak masuk mimpi malam ni..for one big hug..just one..promise :)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, June 22, 2012

like a towkey


Menjual di hari sukan memang best
Ye dak?
Ahaha..nasib baik ada datin
Kalau tak memang tak menang tangan
First time memang nervous
Ye la kena tarik pelanggan..malu kot
Heuheu
Nasib baik ada towkey kedai sebelah yang meriah
Tumpang sekaki menjual
Untung?
Tak bleh nak senyum lebar sangat
Tapi tersenyum lah jugak hik
Tangan dah lenguh
Malam ni kena bulatkan mata siapkan proposal thesis
Yosh!!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, June 7, 2012

shes back



Misi mencari dah tamat

Tegar hanya untuk seekor kucing

Pagi ke malam..Alhamdulillah

Di menyorok dlam enjin kereta entah sapa

Terima lasih pada bidan terjun :))

Sangat membantu

Tipu tak nangis

Kesian dia..bulu serabut,badan ketar-ketar,suara pun dah tak ada

Abis makanan satu mangkuk balas dendam satu hati berlapar mungkin

So,balcony is restricted


Published with Blogger-droid v2.0.4

missing



Kucing hilang

Kucing hilang

Kucing hilang

Kucing hilang


Kuntum hilang


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, June 2, 2012

garis dan titik



YaAllah..

Lemahnya emosi


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 30, 2012

RIOT



Dah siap2 pagi nak naik bus

Tutup pintu rumah..mulut penuh roti

Call wani "class cancel,auto strike!riot!"

Mata terkebil2..

Masuk rumah balik,mulut masih penuh roti

Housemate "bahaya nanti org baling2 batu,bakar2,tolak2"

Otak macam tak terhadam

Tapi satu yang otak faham 'CUTI!!'

semalam balik pukul 10 malam, mungkin boleh qada' tido :)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 29, 2012

jari



2.30 pagi india

Baru siap satu case write up obs

5 jam non stop rasa hebat sekejap

Kesannya jari2 dah tunjuk protes

Kan bagus boleh guna tangan kiri

Huh caffiene level dalam darah teroverdose agaknya..mata macam dh hilang eyelid xmau tutup

Alasan..lights off..tido sila!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, May 25, 2012

recharge



Takut

Semua orang ada feeling tu

Kalau dah masuk OBG department, 24/7 nak kecut perut

Tapi at least selesai satu kerja

Topic yang malas nak baca pun boleh TERkhatam

Minggu yang penat dan macam akan terus penat

Recharge!!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 23, 2012

denda



Baca buku time oncall salah rupanya

Baru tau

Ke OBG department je yang ada rule yang pelik ni

Hmm..student lain balik 5pm, kita 10pm

Mau gaduh dengan auto jugak kalau macam tu


Emosi betul kalau perut lapar


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 22, 2012

text



Never  lose hope

Ok thanks


Published with Blogger-droid v2.0.4

idea



Tenang itu lebih dari cukup


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, May 10, 2012

path..



Setiap yang ada di dunia ada watak yang perlu dibawa. Tapi sesuai atau tidak watak yang dibawa itu pada setiap watak. Watak apa yang kita bawa itu adakah mengambarkan diri atau sekadar selindung dibalik bayang?..adakah watak kita sama untuk hari ini semalam esok dan akan datang. Life is full of answers waiting to be discovered

-stranger-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, May 5, 2012

life



My similitude and that of the life of this world is that of a traveller who took a rest at mid-day under a shade of a tree and then left it

-ahmad,at-Tirmidhi ibn Majah,al-Hakim-


Penat mencari rehat, tapi kalau berlebih minda jadi lemau...apa penghujung yang kita nak cari sebenarnya. Mengejar dunia yang belum pasti akhirat atau mengejar akhirat sampai dunia cemburu pada kita..the later tu pasti :)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, April 30, 2012

pasar



Langit dah oren baru tergerak nak pegi pasar

Badan dah bau ikan

Muka dah berminyak

Tangan dah tak larat nak tanggung berat beg barang

Tahan auto..azan dah dilaung

Jom solat before kerjakan dapur malam ni

:)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, April 27, 2012

kucing lagi


binatang tu pun benda bernyawa
tak sayang bukan dosa, tapi kalau seksa memang nak kena debush2 dengan I

kesian kot..serious x tipu
trauma sekejap


Sunday, April 22, 2012

back to school



Baru first day..report dh menimbun..handwriting?..tulisan dah buruk..jari dah berdenyut..bahu sakit galas beg semalam BERAT!!

Sila rajin boleh..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 17, 2012

cutikah??



Shud be cerita cuti ni dah update since last week..ni dah swminggu baru nak kedek2 menaip kan..

Hehe..dah penat berjalan tgok orang kawen..terkejut orang tunang..baru ingat blog dah berhabuk..hihi

Plus internet rumah macam siput je..dah 2 kali pakcik TM dtg umah..bila dtg ok lah pulak..bila pakcik tu balik je internet x dapat..karang suruh jugak pakcik tu berkhemah depan umah kesian lah pulak kan..ahuhu


Apa2 pun SELAMAT PENGANTIN BARU anda2  :))


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, April 9, 2012

distance



Jauh atau dekat adalah jarak

Awal atau lewat pun adalah jarak


Apa persamaan jarak adalah masa

:)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, April 5, 2012

kunfayakun



Kita  merancang Allah yang menentukan

Lebih tepat lagi

Allah juga yang merancang Allah juga menentukan :))

Semester break..eh semester ke?..macam la.

Alhamdulillah exam dah abis dengan jayanya InsyaAllah..blink2 je dah 6 bulan jadi 4th year student..tapi masih rasa cetek lagi ilmu..ilmu x ada penghujung..yes

Cakap pasal cuti..wehooo..suka2 sebab nak kawen!!..ahuhu bukan2..ada ramai kawan i nak kawen..haih bercuti dalam kereta la nampak nya..

Kedah-kelantan-penang-kl..hopefully Allah permudahkan..and mak abah izinkan

This is the problem..selalu mintak izin last minute. Sebab? Hehe..kalo tanya awal2 mak abah akan cakap "awal lagi. Nanti discuss lain.."apakah makna nya..tettt..big NO

Apa plan cuti?..TAK ADA APA2

Sebab?..1.MAK nak pencen and kena setel kan all her workload before september.apakah lambat lagikan?..tapi mak mmg macam tu..xkan rasa tenang even ada sehelai kertas atas meja.

2.ABAH sura rumah terhebat abad ni. Dah pencen..jalan2 wajib ada co-pilot iaitu mak.kalau tak, payah kaki abah nak tekan pedal minyak..even muka i lebih kurang mak.nak mak jugak. Ok fine

3.KAKAK sibuk bebenor. Dah macam YB. Lagi la liat nak keluar rumah. Janji je nak keluar tapi asyik postpone to the next day sampai next day i  nak balik india..rasuah pizzahut pun x jalan. Pizzahut tu. Dia nak laksa je memanjang. Bosan

4. FARAH saya lettew hik:)..worst planner ever..ada lesen tapi kena gantung dgn abah sebab almost langgar tong sampah masa nak keluarkan kereta from car porch..ahaha

So?..xnak plan apa2..janji balik ni nak pegi semua pasar malam,pasar tani,pasar basah,pasar kering,pasar raya..

Oh rindunya malaysia :)))

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, March 27, 2012

ALLAH's love :)




And say: Work; so Allah will see your work and (so will) His Apostle and the believers; and you shall be brought back to the Knower of the unseen and the seen, then He will inform you of what you did.

                                                                                  At-Taubah: 105



Monday, March 26, 2012

love ALLAH

      :))))


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, March 9, 2012

seven


Tu number rumah masa study dekat malaysia dulu..

Kata orang tu rumah budak skema,kami2 anda2

Malam ni for the 1st time kami kumpul balik cuma short sorang..emoon..

Agendanya parti bujang..tak parti mana pun..makan semeja sampai kenyang..ahaha

Malam yang gembira

Dan malan ni jugak i tengok bulan penuh yang sangat besar and sangat rendah mcam boleh pegang je..subhanallah..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, March 5, 2012

sdl ke?..



Skip opd and duduk library for sdl

Ouh!..bukan malas,tapi kalo tersengguk2 depan patient macam x best lah kan

Hehehe

Dh nama sdl..baca buku lah

But instead of reading psychiatric book, i baca obstetric..kekeke

Janji i baca..

Duduk sebelah PG medicine kena rajin skit ♥


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, March 2, 2012

quote



"how is someone going to love you,when they don't even love the one that CREATED you?"

-stranger?-

Tudungpeople

Terkesan sungguh quote ni..sungguh, berapa banyak kita merindui Allah? berapa kali rindu tu terdetik dalam hati dengan ikhlas?..soal..soal hati sendiri..T.T

Lembut kan hati ♥

Published with Blogger-droid v2.0.4

bulan dan bintang


i'm a very lucky girl
spread love to all

hehehe




Thursday, March 1, 2012

dari sahabat untuk sahabat






untuk sahabat, ada dua perkataan dari sahabat
'terima kasih'

lagi tiga perkataan
'kerana saling mengingat'


Tuesday, February 28, 2012

gill-bread itu adalah jail-break sebenarnya..ahaha

lol ♡♥♡♥

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, February 21, 2012

kuiz dunia



hi guys~omputih la sangat kan
assalamualaikum <3

kelamarin..semalam punya semalam
i masuk kuiz
kuiz personaliti..kau dan aku
a'ah lebih kurang lah
kuiz ni bukan kalah mati
tapi lagi hebat..sebab kuiz ni kalah stress..
ye la..kenapa nak kalah mati bukan i bertumbuk pun ahaha
so, yang kalahnya i..akibatnya stress lah

kesimpulanya
kita kata tahu tapi hakikatnya kita lupa
kita fikir tak ada orang tahu, tapi sebenarnya mereka lebih peka

pengajaran
budak medic bukan otak computer yang boleh save semua data
kalau rasa kurang hebat..guna tangan untuk menulis
pastu tampal kat dinding besar-besar

muhasabah
ujian itu tanda cinta dari Allah





Sunday, February 19, 2012


berfikir sebelum bercakap
samalah dengan berfikir sebelum update status

mode : baru bangun from tido yang tak ada mimpi


Saturday, February 18, 2012


bangun pagi dengar lagu


rama-rama warna ungu
hee~ terima kasih kamu  

^____^


kami yang gembira



okay fine
i tahu shopping tak bagus as hobby
and lagi tak bagus bila online shopping
tak bagus untuk kesihatan sebab tak bergerak langsung otot2 badan
ahaha

semalam i shopping lagi
tapi bukan salah i
sebab kakak yang suggestkan
ah!~..alasan kakak suruh
hehe~..serious i tak tipu
bukan i sorang..rumate i pun terikut shopping sekali
barang keperluan..yang harus ada..hehe

tapi mak yang bayarkan
sekali-sekala suruh mak bayar tak salahkan
kakak i dilarang jelous
sebab?
sebab, nanti dia pakai guna jugak
sharing is caring

love you mak
bukan sebab mak bayarkan
tapi sebab saya sayang mak dunia akhirat
oh!~ abah jugak
kalau tak mention terkecik hati mereka
oh!~oh!~kamu jugak

peace!!


Wednesday, February 15, 2012

an-nisaa':126




few days in psychiatric department
belum cukup buat i rasa psycho
so far, doctors department ni okay
we can talk free-ly
and most important is, after 4 different department, i rasa free for the first time
wheeeee~

free..free jugak, exam dah dekat
fikr exam buat i rasa lapar..serious
tapi masa exam i'll turn to zombie yang tak da nafsu dekat makanan
huh!

Monday, February 13, 2012



treat them equally and fairly as your siblings
physically, yes, i look chubby here
mind?..still immaturely mature or maturely immature ---> confuse



Friday, February 10, 2012


hey..tell you something
i'm bored, I'm going shopping!
enough with online's shopping
haha
lets burn the fats and money also

kredit to the owner of this pic




nilai manusia


rasa macam nak dush dush diri sendiri
when u want to help people, but u are unable to do so
helpless-nya..serious!!

friday
which is the last day in emergency department as a 4th years student
sedih pulak masa last lecture dengan doctor tadi
after class, rushing to office dengan kak sya
nak settle kan attendance sheet yang tak bertanda dari semalam

on the way tu kena lalu one corridor
selalu jadi tempat picnic aunty cleaner hospital,
from jauh nampak sorang uncle ni, late 50 i think
dia tengah baring mengiring atas lantai corridor
time tu macam tak sedap hati je
serious panas tempat tu, tak logik uncle tu boleh tido kat situ
suspicious sungguh
i macam takut-takut nak gerak kan uncle tu
ye lah perasaan kan..tapi sebab dalam compound hospital dah jadi tanggungjawab untuk amik tau
bukan sebab i budak medic so i harus menyibuk,
tapi sebagai manusia yanga ada jiwa.
bila dah dekat, kak sya henjut bahu uncle tu dalam 5 kali
baru dia bukak mata, layu je
badan panas, fatigue, slurred speech, 2 tourniquet kinda thing on his left arm macm baru kena inject
i tanya nama, kenapa,buat apa dalam bahasa sini
dia jawab tapi tak butir

i panggil guard hospital
suruh dia translate dekat uncle tu
then guard tu dengan muka tak endah jawab, uncle tu dari tadi terbaring atas lantai sebab giddiness lepas dialysis procedure
i tanya guard tu kenapa biar je uncle tu macam tu..patient kan?
sangat rasa nak eeeeee!!!..debuk-debuk je

i ngan kak sya pergi kat uncle tu
sedih kot, uncle tu hulur tangan sebab dia tak boleh bangun
kitorang papah dia , suruh dia duduk atas kerusi luar imaging department
suruh dia relax2 kat situ..dia kata ok
then kak sya and i pergi office settlekan paper semua

on the way nak keluar, nampak uncle tu kat tepi tangga mcam nak tak nak turun. muka dia basah mungkin peluh. kitorang pergi dekat dia, tanya kenapa. dia cakap nak tahan auto nak balik rumah, tapi tak larat nak turun tangga. YaAllah time tu rasa berderau je darah, ramai je local kat situ, siap nurse bagai, sorang pun tak amik kisah. i papah uncle tu, kak sya pergi tahan auto. Alhamdulillah ada jugak driver auto yang baik hari jumaat ni. dia siap tolong papah uncle tu naik auto, cakap baik-baik dan tambang tak berkira..
kak sya siap pesan kat driver auto tu " make sure you send this uncle to his home safely"..driver tu jawab "okay madam, i'll do"..dalam hati doa uncle tu selamat.

dunia sekarang..manusia lagi pentingkan diri. 
rasa berbakti sekejap, harap sangat Allah sentiasa lembutkan hati




Tuesday, February 7, 2012

exam and me


okay
exam semua dah settle
tapi apa cerita disebalik exam hari ni?
inhaled deep and fuh!!!..exhaled

end posting emergency department
2 short case presentation
diabetic foot and chronic respiratory failure
plus short viva on snake bite, cardiac arrest, debetic ketoacidosis and comatose patient
tak nampak macam short kan?
overall okay till cardiac arrest topic..tiba je i rasa i yang cardiac patient depan dr.hema
serious blank..dah abis buat muka berfikir
walaupun time tu definition pun i boleh lupa
ceit!!..
nasib baik dr.hema kinda faham kot..dia senyum bermaksud 'it's okay'
phewh~
selesai satu exam

hati dah berbunga-bunga
sambil tengok batch-mate lain struggle completekan case sheet
tangan laju je main game dekat ipad buddy
ahahaha

sejam je rasa tenang tu
tiba-tiba dr.prakash datang tak berundang
pandang kitorang
'who have finished emergency exam raise ur hand'
me, wani and ariff angkat tangan
'only three of u?..okay go to camp and there are 2 patient, take the case, examine and meet me here at 2pm'..
YaAllah..hyperventilate sekejap
tak pasal2 ada exam orthopedic pulak
dah la tak study lagi
ingatan kat adik beradik tulang dan otot tak sekuat dulu
apekah?

nak tak nak..struggle je lah 
apa yang ingat..goreng-goreng sikit
buat muka confident..amik case ( diagnosis i : club foot and suprapatellar effusion of osteoarthritis)
masuk bilik doctor
senyum lebar-lebar, get ready kena tembak
mencabar sungguh..dah lah last person
macam exam emergency tadi, soalan last lah otak jadi slow
investigation for osteoarthritis patient tu
sah-sah la buat x-ray jawapan dia..ortho kan?
i boleh blank, semua jawapan i betul tapi doktor pradeep keep saying the main..the main...
doc mintak basic ortho, tapi otak still dalam emergency..
nasib baik bilik ber-aircond


tu kisah hari ni
conclusionya..i tak makan and minum since pagi till 5pm
kan bagus niat puasa..
penat..tapi hati dah gembira balik
hee~!!








Monday, February 6, 2012


esok saya exam
nescafe habis satu cawan
mata mintak tidur
mungkin otak perlu patuh pada arahan

selamat malam





cabaran hidup


minggu ni last posting dekat emergency department
bunyi macam superb kan
memang sangat .. 
boleh kena panic attack bila patient datang and doctor pandang tanpa arahan
tachycardia sekejap

pagi memang sunyi je
tapi bila dah sepuluh ke atas serious sesak
kekanan kekiri kena tolak

pagi tadi ada sorang patient masuk
female 62 years unconcious
masa tu semua orang kerumun patient tu macam semut hurung gula
blood pressure dia 220/150mmHg..mmg lah melampau kan
dia memang under medication tapi stop by herself tanpa sebab
bila tanya family semua cakap tak tahu
kalau ikut glasgow coma score is 3
maksudnya eye,verbal and motor response is none
patient ni been admitted to ICU



dalam pukul 3 macam tu i, kak tubbie and buddy pergi la ICU
nak tau CT Scan result patient ni
check monitor patient..oxygen saturation 40% je..serious rendah
and after check CT Scan and discussion dengan Dr.Farook, prognosis is very very bad
cannot survive..cerebellar hematoma
maksudnya ada darah dalam otak dan dah masuk ke 3rd ventricle yang menyebabkan brain swelling
hydrocephalus

tengah bincang2..family patient ni datang for patient's discharge
mata satu-satu dah berair
YaAllah serious time tu rasa nak peluk2 je anak2 dia

so, advisenya..to high blood pressure patient..please la jangan suka-suka nak quit medication tanpa sebab dan arahan from doctor..dan jangan terlebih pulak amik ubat.
memang ajal dan maut ditangan Allah
tapi kita sebagai manusia wajib berubat kalau sakit, jangan sampai mudarat
peringatan untuk diri sendiri jugak..







Friday, February 3, 2012


macam macam jadi hari ni
pagi, turun je from apartment, bus tak sampai lagi
memandangkan sejuk winter tak abis lagi
memang seksalah tunggu bus uncle nak sampai
kaki pulak tak ber-stoking

tengahari, after abis clinical posting dekat hospital
rushing hantar attendance sheet dekat bilik kak sara
naik bus dengan gembira sebab nak lunch dekat gokul
kepala dah ligat fikir nak order ape
alih-alih bus tak boleh start la pulak
ramai-ramai turun bus
siap tak bukak white coat
tolak bus ramai-ramai
hahaha..memang tak boleh blah
serious happening time tu

malam, celebrate birthday nad rumate i
naik kereta uncle samsung berlima
jalan serious sesak
dahlah tak ada air-cond
uncle tak tutup tingkap
makan asap sungguh
tiba-tiba bunyi ambulans kat belakang
so, jalan yang tadi 3 lane jadi satu
sebab nak bagi ambulanns tu lalu..hebat kan
tapi tiba je ambulans tu amik laluan bertentang
time tu dalam kereta semua bising2 sebab pikir bagus diorang ni bagi ambulans tu jalan
tapi pelik asal bunyi ambulans tu mula2 makin menjauh 
then, jadi makin dekat and kuat and toleh kanan...
jeng..jeng..jeng..
ambulans tu kat sebelah kereta and sedang reverse
nak pecah perut gelak
ambulans tu reverse sebab ada bus kat depan dia
tu lah..kete dah bagi lalu, dia sibuk nak lalu jalan sebelah
ish! kalau ada patient chronic dalam tu tak ke cuak

apa-apa pun boleh jadi kat negara kari ni
sekian



Friday, January 27, 2012



I am a super-lady
yosh!!~



Wednesday, January 25, 2012



someone tolong belikan

^__^



doctor jumpa doctor
pun boleh dapat white coat hypertension ke?

senyum puas-puas
manalah tau kalau lepas ni nak menangis
apa-apa pun emergency memang best kalau kena timing yg betul

mak!!homesick, nak balik =.=




Monday, January 23, 2012


this is what we call love
unpredictable

oyasumi nasai minna


Sunday, January 22, 2012


she's back
macam tunggu kekasih
but seriously, she's back

whoa!!~
macam santa claus
beg merah penuh isi

thanks for the double cheese burger 
tidur dengan gembira


Saturday, January 21, 2012


and again
i'm sitting comfortably in front of a tv 
cling to my laptop
while kuntum sleeping on my bed --> badan kecik tapi conquer satu katil

and again
i've been left alone
pathetic!!


Friday, January 20, 2012


berfikir sampai ke laut
mana lah focus tak datang- datang
mungkin perlu makan

kuntum dah bergolek atas meja study
mungkin tanda perlu tutup buku
ouh! homesick !!

Sunday, January 15, 2012


banyak pulak dinding dalam rumah ni
rasa macam luas pulak 
3 rooms..2 washrooms..1 kitchen
tapi penghuni?

hmm..
ada satu kucing
seorang manusia
ouh!!~

its sunday
and i don't have a date


Monday, January 9, 2012




lapar mee kuah
TAPI  maggi berkuah pun oklah

mode membaca membuak-buak, sejam yang lepas
sekarang mode-less







Saturday, January 7, 2012



menjaga dan dijaga
dua benda yang berbeza
tapi pendapatan sama

terima kasih


Wednesday, January 4, 2012