Thursday, December 19, 2013

langit semalam penuh bintang


terasa seperti penulis terkenal
perasaan takjub tapi bukan ujub
bertanyakan taipan baru
siapa kamu kamu

mungkin kamu kamu boleh tunggu
taipan perlukan emosi
selari dengan hati dan akal
sekarang semuanya belum selari
belum mencapai setuju

seperti rak buku tinggi yang penuh buku
jatuh tersembam berterabur buku
perlukan masa untuk susun satu satu
dan masih gigih meyusun

Thursday, November 21, 2013


sepurnama itu sama erti dengan sebulan
kurang lebih sebulan
belum cukup biasa itu menjadi kebiasaan
kechiwa

Sunday, November 10, 2013

dot

Benci bila otak tak mampu nak mengawal emosi mengikut keadaan
Macam mana nak jadi doktor yang hebat kalau bila dijentik dengan benda yang remeh emosi bergegar mengalahkan gegaran berskala tinggi

Ujian tahap sabar memang menguji

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, November 9, 2013

malam ni hujan

jadikan pendek
alhamdulillah
Allah hadiahkan hujan untuk sambutan hari lahir tahun ni
moga doa-doa yang dikirim Dia kabulkan
4 tahun berturut sambutan dikelilingi sahabat
4 tahun berturut sambutan bukan di negara sendiri
4 tahun berturut-turut
heh! banyak sangat turut

pom!..feuuu~!! pow!! (bunyi bunga api delangit india selalunya macam tu ahhha~)

masih lagi panjang senarai yang nak dicapai
moga gigih mengejar akhirat dimudahkan
moga kejaran dunia dalam berkat dan redha
insyaAllah

sebelum tidur makan dulu kek cawan coklat yang mak buat
dengan harapan mak tak perasan satu kek dah berkurang
:)

Monday, October 21, 2013

:)

berhabuk bersawang kalau blog ni almari tinggal
taipan terakhir  ogos 10
sekarang sudah oktober 21
dua bulan terabai
mengikut kehendak hidup yang padat dan sesak
tapi masih mampu bernafas
walaupun dua bulan yang menuntut rasa cemas 24 jam 7 hari

pertama kalinya alhamdulillah, the results are official
tamat sudah pengajian perubatan
Dia sudah makbulkan doa-doa yang dikirim
satu lagi nikmat dunia Dia hadiahkan

bila di fikir-fikir balik
macam ni rasanya nak dapatkan gelaran doktor
Dia saja yang tau
rasa kuat dan tabah dah jadi senipis bawang
selembut tisu
emosi naiknya sekali dan turunnya berkali-kali

alhamdulillah
Dia hadiahkan perasaan yang indah dihujung
lepas terjatuh, terduduk tapi belum sampai tersungkur
:)

alhamdulillah  Ya Allah, for the amazing 4years
maka mana satu anatara nikmat Tuhanmu yang hendak engkau dustakan?-Ar-Rahman (55)



Saturday, August 10, 2013

syawal 2013

syawal 2013
alhamdulillah raya kedua hampir berakhir
dan syawal kedua di tempat asing
tapi masih lagi di bumi Allah :)
Allah akhirkan ramadhan kali ini dengan satu perasaan aneh
Dia uji rasa sihat
pesan mak kalau tak mampu mak izin tak puasa
lagak anak umur lima tahun mungkin :)

sambutan raya yang masih meriah
sama-sama bergelak bergurau hidup merantau
belum pernah seumur hidup bergayut dengan mak dan abah lebih dari sekali sehari
tapi raya kali ni boleh dikira dengan sebelah jari tangan
berbilang-bilang
bukan sembang tapi suara yang nak didengar
kita yang sebak orang disana yang menangis dulu
lebih panjang jeda dari cakap :'(
kata mak nanti kita jumpa, kita peluk kuat tak lepas
kata abah doktor kena kuat jadi tak boleh menangis

moga Allah permudahkan hari yang mendatang
moga Allah pinjamkan rasa kuat rasa tenang rasa bahagia rasa damai
moga Allah hilangkan rasa sedih rasa asing rasa kelabu rasa gusar
insyaAllah amin :)

selamat hari raya maafkan salah yang surat dan tersirat, yang nampak dan yang tidak, yang sedar atau tidak :)


Thursday, August 8, 2013

asing

perkataannya cuma ada lima huruf
huruf-huruf yang tidak berulang
pendek tapi punya banyak makna yang boleh ditafsir oleh berbeza manusia
a.s.i.n.g
dalam tafsiran kamus minda berusia hampir 26 tahun ini mudah
makna kata asing adalah perkara yang tidak biasa
atau mungkin juga suatu yang biasa menjadi tidak biasa
apa kaitan kata asing dengan taipan kali ini
banyak yang boleh dikait
ada berberapa perkara asing yang berlaku
ada berberapa perasaan asing yang wujud
rasa yang dekat itu jadi jauh
dan rasa yang jauh itu jadi dekat