Tuesday, April 9, 2013

personaliti

"Dia buat dah..dia buat dah"
Ayat common habis polite mak abah dan kakak
Bila perangai pelik anak dan adik dah tak mampu nak dikawal
Mode hyper-energy-glucose-ism
-sengih.gelak.sengih.gomol sigemok.senaman ala2 taichi depan tv.sengih lagi.kacau sigemok lagi.lagi dah lagi lagi-
Sleep cycle dah terbalik 360º
Selalu muncul dikala cuti tinggal sipi-sipi nak ke garisan penamat
Hah ha!
Quite interesting
Belum masuk ayat atok "farah, hang tak penat ka? Hang tak penat, atok naik lenguh tengok hang tak penat..jenuh cucu hat sorang ni"

Split personality kah..biarlah,jangan tegur nanti rindu :D

Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday, April 8, 2013

bond

bond

flight dari bangalore to malaysia
lama tak mana sangat
tapi cukup la men-ter-kehel-kan tengkuk dan melenguhkan tulang belakang
tempat duduk paling tepi
berjiran dengan suami isteri separuh abad lebih
mungkin usia diantara mak dan abah
ingatkan india tempatan rupanya india malaysia
bezanya?..mungkin ramah orang malaysia rasa lebih senang dilayan
no offense. peace!
tiada yang pelik pada pasangan berusia ni
sungguh
sepanjang penerbangan keduanya lebih memilih untuk tidur
rutin biasa telinga ni akan tersumbat dengan earphone
bukan melayan lagu sangat, cuma bosan tak bergerak
0015 waktu malaysia
bila kapal kecil nak mendarat
si isteri berbisik sesuatu kurang jelas pada si suami
tangan saling erat berpegang..bahu isteri dipaut kemas
macam dalam drama..serius
pendaratan yang hebat mungkin, tak bergegar kami-kami didalam
uncle berusia " safe dear "..spontan dia cium dahi si isteri
oh! beta terpempan

bond

kuala kangsar-taiping-selama-taiping
sebelum menjengah kuala kangsar semula
perut lapar minta di-isi
abah dan mak hanya mengikut
kakak tak membantah
senyum lebar sepanjang jalan
bahagia dapat makan
makan pun nak bahagia?
bahagia sampai nak menangis..haha drama sangat
kedai tepi jalan
kain rentang merah besar
kakak mengangkat-ngangkat rasa sedap makanan kedai tu
bukan dia tak tahu
adik dia cekodok hangit pun kata sedap
bukan pasal makanan
tapi ehwal kucing di kedai tu
hujan renyai
ada anak kucing kecik amat panjang satu tapak tangan
distal end of phalanges sampai wrist joint, kan pendek je
setia bawah meja tak berpelanggan
setia menunggu dari jauh mak kucing
mak dia ada di bawah meja penuh pelanggan
tulang ayam mungkin digigit kemas
cat-walk cantik ke arah anak kucing kecik amat tu
tulang diluah..sipendek ketot berbunyi sambil gigit-gigit sisa ayam
mak kucing cuma tengok dan tengok dan tengok
sampai mungkin dari 3cmx5cm jadi 1cmx1cm ayam tadi
sibuk siketot memjilat-jilat jari jari berbulu
mak tadi makan sisa yang berbaki sampai 1mm pun tak kelih mata kasar
''abah, kita culik kucing tu balik rumah'' buat muka kalah nabila mutiara hati sinetron indonesia
''mana boleh culik, rumah dia dekat sini nanti marah tuan kedai ni'' pujuk abah macam lah kita ni budak 5 tahun nak tipu-tipu
''abah, kalau dia kucing tuan kedai ni, dia makan dalam pinggan minum dalam mangkuk'' masih nak pujuk abah
''itu kucing rumah, pakai pinggan mangkuk, kucing kedai makan dalam plastik je''

:)

Wednesday, March 27, 2013

pinjaman

banyak perumpamaan tentang masa
tak payah tulis pun semua orang mesti tahu
mungkin..

6 bulan pertama sudah selesai sebagai pelajar tahun akhir
masih ada 6 bulan yang berbaki
exam semester 9 dah selesai dengan pengakhiran migraine diakhir paper
terlebih fikir atau terlalu memikir atau tak mampu nak berfikir

tawakal sebelum semasa dan selepas
gila-gila mengharap pada Allah
gila-gila usaha
Allah itu mengikuti sangkaan hambaNya

malam-malam exam berteman keluh kesah sister usrah
cuak tu satu perasaan normal
cuak exam
tapi bila ada yang resah mesti ada yang menenang
penat naqibah mencari hadis, surah nak gembirakan hati
pinjaman Allah

jadi sekarang?
balik jumpa mak abah kakak lah kan
mengharapkan cuti ni berlalu dengan lambat
nak kumpul aura sebelum mula semester akhir

al-kahf : 10

Wednesday, March 20, 2013

bila dah sihat
tangan dah boleh angkat
kaki dah boleh menapak
mata dah tak kuyu
tenaga dah ada

tapi kenapa masih goyang
kaki rasa tak memijak
aneh


Monday, February 18, 2013

sedar dari tidur mungkin


lalai
lalai mungkin sifat, fikiran, perlakuan
mungkin dalam apa bentuk cara yang tak terlintas dalam otak masa ni
lalai tu macam mimpi
bila tersedar dia hilang
bila tidur dia datang
kompleks

bila dah tertulis disini
bermakna diri ni baru tersedar
dia terlalai sekejap
pegang kuat jangan terjatuh nanti sakit

Thursday, February 14, 2013

jubah


this is serious
rasa nak menangis tengok video ni
fine! who cares?
kena up skit gear
insyaAllah lagi sikit farah :)


Sunday, February 10, 2013

hari matahari


lupa dan ingat itu bukan sinonim
tapi rapat macam rambut dan akar
sakit kalau tercabut
tapi insyaAllah berganti
ingat, mengingat dan diingat
mana satu lebih penting
otak tak dapat nak cerna tambah dan tolak
semua penting
bila ingat rasa lega
bila mengingat gigh kerah tenaga
bila diingat? ada dua
diingat sebab lupa dan diingat sebab teringat
hah..pening dengan taipan sendiri

hari-hari cuti bersama datin dan kuntum
Allah masih pinjamkan bahagia
tertinggal usrah kerana hal dunia
kena minta ulangan huraian ayat terakhir alfatihah :)

bau sedap dari dapur dah masuk ke bilik
agak-agak apa datin masak malam ni :)