Sunday, February 10, 2013

hari matahari


lupa dan ingat itu bukan sinonim
tapi rapat macam rambut dan akar
sakit kalau tercabut
tapi insyaAllah berganti
ingat, mengingat dan diingat
mana satu lebih penting
otak tak dapat nak cerna tambah dan tolak
semua penting
bila ingat rasa lega
bila mengingat gigh kerah tenaga
bila diingat? ada dua
diingat sebab lupa dan diingat sebab teringat
hah..pening dengan taipan sendiri

hari-hari cuti bersama datin dan kuntum
Allah masih pinjamkan bahagia
tertinggal usrah kerana hal dunia
kena minta ulangan huraian ayat terakhir alfatihah :)

bau sedap dari dapur dah masuk ke bilik
agak-agak apa datin masak malam ni :)


Saturday, February 9, 2013

mabruk sahabat :)
lafaz ijab dan kabul sudah selesai
sudah bernikah
sudah bertukar status
sudah bertukar hak
Allahuakbar
masa tu persis angin


Wednesday, February 6, 2013

Makanan kuntum
Pasir kuntum
Vaccination kuntum
Mandi kuntum
Grooming kuntum
Semuanya akan berlaku hujung minggu ini insyaAllah

Dah seminggu tak dilayan
Tuan awak exam..nak buat macam mana
Rasa macam nyawa dah jumpa badan
Ambik stat orang
Pakai kasut kanan ke kiri
Pin tudung pun senget
Penat jadi zombi cantik minggu ni..aha!
Ok sila tido bukan tengok abang korea hensem dekat laptop
Aigoo =.='

Published with Blogger-droid v2.0.8

Friday, February 1, 2013

samar samar

Ada seketul
Betul-betul rasa seketul
Rasa bulat tak terluah
Sungguh tak tipu
Mengeluh tak hilang..istighfar panjang bagi sikit tenang tapi bukan hilang
Masih ada rasa
Mungkin dalam sangat sampai susah nak keluar
Kudrat masih ada tapi mampu tu samar-samar

Published with Blogger-droid v2.0.8

Wednesday, January 30, 2013

sesak

Nak telan perit
Nak luah malu
Peribahasa baru hari ni
Apa diagnosis yang boleh dibuat kalau jasad berkerja sedar diri tapi minda masih dalam kotak berkunci..sesak..macam berjalan dalam tidur
Serabut berkabut
Tarik nafas dalam2 dan lepas masih belum ada lega
Istighfar berganda tapi masih tegar

Tutup lampu,laptop,kipas..biar angin sejuk malam masuk ikut tingkap bawa bau ubat nyamuk..sila tidur =.=

Published with Blogger-droid v2.0.8

Friday, January 25, 2013

kimochi ii

tak dapat jumpa
dengar suara pun jadilah
haish~
bercinta sungguh dengan mak abah ni :)

Thursday, January 24, 2013

remember me

ingat-ingat lupa
lupa-lupa ingat
garis bengkok terbentuk lagi hari ni
tapi tak terlalu bengkok macam selalu
mungkin sejuk kering, garis-garis merah pedih berselang-selang atas bibir
tapi garis bengkok masih terlukis elok
:)
makin jarang jumpa mak abah kakak dalam mimpi
rindu..sungguh
orang laut pun dah naik darat
moga sihat-sihat
moga sentiasa dalam jagaan Allah :)

buku-buku menimbun
tapi esok adalah cuti
lebamkan mata malam ni
buku letak tepi, malam ni tengok tv
selamat malam