Monday, December 10, 2012

I.II.III

I.
Bila otak dah tak ada kemampuan untuk dikerah
Bila tenaga dah tak ada sisa
Satu perkataan yang mudah 'penat'
Penat dengan kemampuan diri yang nipis
Nipis sungguh
YaAllah

II.
Sandwich tu sedap amat
Tapi jadi inti yang dikepit dua keping roti tu sangat sesak
Itu mungkin satu personafikasi yang agak janggal
Tapi itu emosi yang nyata dalam kekerapan yang sangat kadang-kadang

III.
Terapi homesick yang paling berjaya
Untuk diri sendiri..diri sendiri
Simpan elok setiap baju yang bawa dari malaysia setiap penggal cuti
Elok-elok
Bila masa tiba
Pakai baju-baju tu
Bau sabun dan pelembut yang mak selalu guna
Aaaaa...perasaan yang paling hebat masa tu
Hilang rindu
Jadi simpan elok

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, December 4, 2012

yosh!!

When there is confusion between heart and mind
Mind's most concern about survival
Heart more into feels

I need magic
Precisely i need semangat yang meluap-luap

Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday, December 1, 2012

hero

ding ding dong !
ding ding dong!
ding ding dong !
apakah?
kuakkan pintu
tamu "tumpangkan fridge"
tuan rumah "oh! sila-sila, ada space lagi masuk-masuk"
berminit selepas
loceng pintu pecahkan sunyi
terkedek kuntum lari menyorok bawah meja
kuakkan pintu
tamu yang sama tapi riak muka tak setenang tadi
tuan rumah "kenapa?"
tamu "pintu rumah tak boleh bukak, tersekat..boleh awak tolong, tangan awak kuat please"
oh? tangan kuat? sengih
capai hoodie tudung "jom"

....memang tersekat ketat
tamu "terima kasih lah awak ada, hero saya hari ni..kalau tak saya kena tunggu orang laki"
satu garis bengkok terlukis dekat bibir
garis bengkok saling berbalas

bermakna jugak weekend ni..hero kan :)

Wednesday, November 28, 2012

It's written by someone
Who rarely known
'My sources of happiness :)..yours?'

Kerah otak untuk berfikir

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, November 27, 2012

Sibuk
Santai
Padat
Lengang..jadual hidup

Masih ada masa untuk berangan-angan
Angan-angan kosong belum pasti
Musim sejuk macam main aci sembunyi
Selang dua hari angin sejuk menggigil
Selang dua hari peluh percik sana sini
Berubah-ubah sampai ramai yang kalah
Demam dah naik raja
Kelas yang penuh dah makin surut
Kuat!,tolonglah datang

Published with Blogger-droid v2.0.8

Thursday, November 22, 2012

pendek

It's been a while
Sebaris pendek
Pendek sungguh
It's been a while

Siapa? Mana? Kenapa?
Heh..:)

Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday, November 17, 2012

sabtu

Sunyi blog ni
Macam meja yang lama ditinggal
Mesti berhabuk bersawang
Ketepikan perihal cerita cuti sebulan
Perihal diri yang menjejak tahun akhir
Perihal orang lama tapi jadi orang baru
Perihal diri yang masih janggal
Ketepikan
Mungkin bukan dalam post kali ni
Masih belum mahu bercerita
Belum datang ilham
Hari ni sabtu
Pagi lagi dah dipekak kan dengan pekikkan lagu local dari basement
Apa pulak aktiviti pagi ni..bingit
Kepasar sudah..bau ikan masih kuat melekat
Yang tinggal cuma datin..
Berdua lagi
Rutin kami mungkin
Berperang didapur
Masak lemak ketam tolong lah menjadi
Published with Blogger-droid v2.0.8