Thursday, July 25, 2013

separuh

menghampiri separuh
dalam kata mudah mendekati penghujung
dia yang cepat atau diri yang lambat
terkocoh-kocoh mengejar

telinga bersumbat
siaran radio malaysia masih tak berubah
tapi makin menyesak telinga
matematik bukan mumtaz
tapi masih mampu mengira dengan jari
30 minit berlalu bersamaan 5 lagu raya
bermacam era dan versi
satu lagu durasi 3 ke 4 minit
jadi 5 buah lagu berdurasi 15 ke 20 minit
lebihan minit adalah iklan dan lagu kategori bukan raya

bertambah sesak nafas dengan salur pernafasan yang makin sempit
dari tekak ke hidung mata dan kepala terus ke bantal
60 hari atau kurang
tak mampu nak mengadap kalender bernombor
mungkin nombor dengan diri sangat anti

mak mula bertanya baju raya
mahu disiapkan atau bukan keperluan
katanya anak tak balik, dapat tengok baju pun cukup
oh mak, kadang-kadang bunga-bunga mak kalah abah
:)

No comments:

Post a Comment