Friday, June 7, 2013

surgery

ini ceritanya
masih belum tahu pengakhiran panjang atau pendek
pagi yang bermula agak malas
tapi gagah bangun bila ada suara yang mengejut
perkara yang kadang-kadang berlaku
Dia kejutkan
kena jaga amanah
kelas yang agak lengang
dah tertulis cuma kami-kami sahaja yang datang
mata masih lagi fokus
jasad masih lagi gagah
tapi balingan marker biru dari depan belum cukup melajukan ransangan otak pada jasad
hanya memerhati dengan anak mata membesar
huh? sejak bila doktor ni pandai main kriket?
tak cukup bola, marker pen jadi ganti
kalau bukan pada aishah di kiri atau che di kanan haruslah diri sendiri ditengah yang kena
terima kasih pada kerusi di depan
adrenalin melimpah-limpah dalam salur darah

pengajarannya, sila periksa sama ada dakwat marker pen berisi atau tidak sebelum kelas mula
kalau tidak, mungkin ada balingan kedua
kalau ya, anda selamat
doktor juga manusia
ada rasa kurang sabar walaupun pada sekecil-kecil benda
doktor juga manusia
curiousity - agaklah kan macam mana muka kita orang masa balingan marker pen tu tadi, haruslah lucu dan buruk mungkin

welcome to surgery department





No comments:

Post a Comment